PENGACARA dan pelakon popular, Alif Satar dilaporkan stabil selepas mengalami kemalangan ketika pulang daripada solat Jumaat, petang semalam.

Perkongsian selebriti tersebut dalam satu hantaran di akaun Instagram miliknya memberitahu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.

“Alhamdulillah, ALLAH uji sikit saja. Terima kasih semua yang mendoakan kesejahteraan. Moga ALLAH SWT makbulkan dan permudahkan urusan kalian juga.

“Sudah check up dengan doktor di KPJ Tawakal semalam dan all is clear. Tak ada yang patah, masa jatuh kepala sakit dan pening,” ceritanya kepada umum.

Alif Satar

Penyanyi berusia 33 tahun itu turut berkongsi kebimbangan jika berdepan impak serius daripada kemalangan yang melibatkan dengan sebuah kenderaan di Jalan Sri Hartamas 1, Kuala Lumpur itu.

Baca juga ‘Dalam banyak-banyak Alif, Alif Satar jer Tok Abah berkenan.’ Ciapan Fadzilah Kamsah jadi perhatian, warganet setuju

“Takut juga ada yang serius tapi doktor beritahu tak ada symptoms concusions. Syukur cuma badan sakit-sakit (moga penghapus dosa).

 

“Terima kasih sekali lagi semua yang call dan mesej bertanya khabar. Saya cuba untuk membalas semua,” tulisnya mengakhiri perkongsian.

Meskipun dalam keadaan masih sakit-sakit, pelantun lagu Anugerah Terindah itu sempat mengajak semua supaya dapat solat Subuh berjemaah di Masjid Saidina Umar Bukit Damansara pada 1 Januari nanti.

Alif Satar

Terdahulu, bapa tiga orang anak itu dilaporkan terbaring di atas jalan selepas terlibat dalam satu kemalangan selepas tidak sempat mengelak sebuah kenderaan jenis Mazda CX5.

Baca juga ‘Tak perlu cipta helah raih perhatian.’ Jadi diri sendiri & anggap kerja ibadah, resipi Alif Satar sifar kontroversi

Iklan

Beliau yang ketika itu sedang menunggang motosikal jenis vespa berada di lorong paling kiri dan tidak sempat mengelak kereta berkenaan yang memintas dari laluan kanan.

Alif Satar

Akibat kejadian itu, pemilik nama penuh Muhammad Alif Mohd Satar tersebut hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan.

Foto insiden yang berlaku kira-kira jam 4.20 petang itu turut dikongsikan usahawan yang juga pempengaruh media sosial, Wak Doyok dalam akaun X miliknya.

Iklan

Alif Satar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang