KISAHNYA amat memilukan, nama Gypsy Rose pernah menjadi perhatian seluruh dunia selpas dianiaya ibu sendiri.

Gypsy dilahirkan pada 1991 oleh pembantu jururawat, Dee Dee Blanchard yang bertanggungjawab menjadikan dunia ini seperti neraka.

Dee Dee atau nama sebenarnya Clauddine Pitre mendakwa anak perempuannya mengalami apnea tidur sejak bayi. Ketika Gypsy berumur lapan tahun, Dee Dee mengumumkan anaknya menghidap leukemia dan distrofi otot hingga memerlukan kerusi roda, tong oksigen dan tiub makanan!

Tak hanya itu, Dee Dee turut menceritakan anak perempuannya memiliki masalah kesihatan lain iaitu sawan, asma, gangguan pendengaran dan penglihatan.

Susulan dakwaan Dee Dee, Gypsy diberi ubat-ubatan dan terpaksa tidur menggunakan mesin pernafasan.

Lebih menyedihkan, gadis kecil itu juga menjalani beberapa pembedahan, termasuk prosedur pada mata dan pembuangan kelenjar air liu.

Gigi Gypsy kemudian mereput disebabkan oleh ubat-ubatan, kehilangan kelenjar air liur atau pengabaian, ia kemudian telah dicabut.

Tergamaknya seorang ibu memalsukan penyakit anak darah daging sendiri!

Gypsy sebenarnya sihat, boleh berjalan, tidak memerlukan tiub penyusuan, dan tidak menghidap kanser. Kepalanya botak hanya kerana dicukur Dee. Ia sebenarnya penganiayaan!

Pakar percaya Dee Dee mempunyai penyakit mental yang dikenali sebagai sindrom Munchausen secara proksi (factitious disorder imposed on another). Penyakit itu menyebabkan dia mengada-adakan masalah kesihatan anak perempuannya untuk mendapat perhatian dan simpati.

Baca juga: Tergamaknya ayah! Berat 55kg turun 29kg dalam 6 bulan, budak 8 tahun sanggup mati daripada didera

Baca juga: Tergamaknya ayah! Berat 55kg turun 29kg dalam 6 bulan, budak 8 tahun sanggup mati daripada didera

Ujian perubatan Gypsy menunjukkan keputusan yang tidak konklusif atau bercanggah mengenai diagnosis, tetapi Dee Dee akan berhenti berjumpa mana-mana doktor yang mempersoalkan penyakit anak perempuannya.

Banyak pihak mengikut apa sahaja yang Dee Dee mahukan. Latar belakang kejururawatannya menyebabkan dia mampu menerangkan dengan tepat gejala setiap penyakit Gypsy dan kadangkala memberi ubat supaya anak tunggalnya itu mengalami simptom penyakit yang didakwa.

Dee Dee menanamkan dalam fikiran Gypsy bahawa dia ibu penyayang yang melakukan segalanya kerana kasih sayang.

Apabila Gypsy mampu bertutur, Dee Dee mengarahkannya untuk tidak memberikan maklumat semasa janji temu agar dia terus mampu memalsukan sejarah perubatan anak gadisnya.

Dee Dee juga memberitahu bapa Gypsy, Rod Blanchard, bahawa anak perempuan mereka mengalami gangguan kromosom yang telah membawa kepada banyak masalah kesihatan hingga lelaki itu percaya dan memuji atas penjagaan rapi.

Apabila beberapa keluarga Dee Dee menyedari bahawa Gypsy tidak memerlukan kerusi roda dan bertanya soalan, Dee Dee dan Gypsy berpindah.

Dee Dee mendakwa menjadi mangsa Taufan Katrina yang membolehkan dia dan Gypsy menerima bantuan untuk berpindah dari Louisiana ke Missouri pada tahun 2005.

Di sana, Dee Dee terus membawa Gypsy ke temu janji doktor dan sekali lagi menjadikan Taufan Katrina sebagai alasan kehilangan fail perubatan.

Baca juga: Baca juga: Kisah Siti Hajar didera keluarga sampai mati, berat hanya 18kg, pelaku terlepas tali gantung, dipenjara 40 tahun

Baca juga: Didera sampai mati! Kisah tragis Arabella buka mata pihak berkuasa. Ini kronologi kes

Ketika Gypsy mula remaja, Dee Dee mula berbohong tentang umur anaknya itu.
Pada tahun 2008, Gypsy dan Dee Dee berpindah ke rumah baharu di Springfield, Missouri. Dibina oleh Habitat for Humanity, ia dicat merah jambu dan dilengkapi tanjakan kerusi roda. Gypsy dan Dee Dee juga menerima pelbagai bantuan termasuk lawatan tajaan amal ke konsert dan Disney World.

Dee Dee mula seronok dan menikmati kelebihan tersebut hasil menjadi penjaga setia anaknya.

Apabila Gypsy berumur 14 tahun, temu janji mereka dengan seorang pakar neurologi di Missouri yang nyaris membongkarkan rahsia itu.

Pakar berkenaan percaya gadis itu adalah mangsa sindrom Munchausen melalui proksi ibunya.

Bagaimanapun, doktor itu tidak melaporkan kepada pihak berkuasa. Dalam temu bual, beliau mengatakan tidak memiliki bukti yang mencukupi untuk bertindak.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Pada tahun 2009, laporan tanpa nama telah dibuat kepada pihak berkuasa yang menyatakan dakwaan Dee Dee tentang penyakit Gypsy tidak mempunyai asas perubatan.

Apabila Gypsy semakin dewasa, Dee Dee mula berbohong tentang umurnya, sehingga mengubah tarikh pada sijil lahir Gypsy untuk menjadikan anak perempuannya kelihatan lebih muda dan terus mendapat pelbagai bantuan kebajikan.

Baca juga: Bayi pramatang 1.5kg maut klinik cuai tidak letak dalam inkubator, sempat buat content newborn photoshoot tanpa pengetahuan keluarga

Baca juga: Nota kakak bongkar penemuan adik 4 tahun maut dalam peti sejuk, mangsa dera kekasih ibu

Iklan
Kredit foto: Courtesy of Investigation Discovery

Gypsy yang meningkat dewasa semakin sukar untuk dikawal oleh Dee Dee.
Gypsy meyakinkan seorang lelaki yang ditemuinya dalam talian untuk membunuh Dee Dee.

Pada tahun 2011, Gypsy cuba melarikan diri daripada ibunya dengan seorang lelaki yang ditemuinya di konvensyen fiksyen sains. Namun, Dee Dee segera menjejaki mereka.

Dia meyakinkan lelaki itu bahawa Gypsy adalah kanak-kanak di bawah umur, walaupun anaknya itu sudah berusia 19 tahun!

Menurut Gypsy, Dee Dee memecahkan komputernya dan mengikatnya pada katil selepas mereka pulang ke rumah. Ibunya juga memukul dan tidak memberinya makan.

Gypsy bagaimanapun berjaya kembali berhubung dalam talian. Gadis itu menyertai laman temu janji yang dengan menemukan gadis itu dengan Nicholas Godejohn.

Gadis tersebut memberitahu perkara sebenar tentang tindakan ibunya dan akhirnya meminta untuk membunuh Dee Dee supaya mereka dapat bersama.

Pada Jun 2015, Godejohn telah ke rumah keluarga itu dan menikam Dee Dee semasa Gypsy menunggu sambil menutup telinga di dalam bilik mandi.

Gypsy kemudian mengikut Godejohn kembali ke rumahnya di Wisconsin, di mana mereka ditemui oleh polis.

Gadis itu terdahulu dua kali memuat naik status Facebook yang dikongsi dengan ibunya dan menulis, “B–– is dead!”.

Dia kemudian menjelaskan dia membuat siaran itu kerana dia mahu mayat ibunya ditemui.

Gypsy membuktikan segala dakwaan Dee Dee tentang dirinya palsu. Dia boleh berjalan dan mendedahkan telah dipengaruhi tidak mempercayai sesiapa.

Iklan

Akibat penderaan itu, Gypsy telah menghabiskan seluruh hidupnya dengan dikawal ibunya..

Memandangkan rekod perubatan Gypsy mendokumenkan penderaan yang telah dia alami, peguamnya dapat mengatur perjanjian pengakuan untuk pertuduhan yang membunuh Dee Dee.

Pada 2016, Gypsy mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun.

Dalam perkembangan terbaru, Gypsy yang kini berusia 32 telah dibebaskan awal dari penjara pada 28 Disember 2023.

Manakala Godejohn menjalani hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.

Tergamaknya ibu menyakiti, mendera dan mensia-siakan hidup anak kandung sendiri. Ternyata penyakit mental yang aneh seperti sindrom Munchausen melalui proksi benar-benar wujud hingga memakan diri. Semoga kes ini menjadi pengajaran.

Sumber: Biography, Metro UK

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!