KEBANYAKAN orang ‘kecut perut’ nak mencuba aksi terjunan bungee lebih-lebih lagi bagi mereka yang gayat dengan ketinggian.

Namun, tidak bagi pelakon dan pengacara, Mira Filzah apabila berani menyahut cabaran tersebut.

Menerusi rakaman video di Instagram (IG) miliknya ada memaparkan beliau dengan berani melakukan aksi terjunan bungee secara solo di Queenstown, New Zealand.

Baca juga:Wow, 11 permainan indoor dalam shopping mall, wajib cuba

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, aktiviti lasak itu merupakan salah satu senarai impian yang ingin dilakukan dan akhirnya tercapai.

“Dah boleh tanda misi terlaksana.

“Sentiasa mahu melakukannya. Bagi pertama kali, Queenstown ialah tempat yang sesuai,” katanya.

Baca juga: Ramai ‘cabut lari’, booking jet peribadi kerana kes Covid-19 meningkat

Menjengah ke ruangan IG, warga maya termasuk rakan artis seperti Fazura, Scha Alyahya, Adriana Adnan, Eyra Hazali dan Hawa Rizwana mengagumi keberanian Mira.

“Saya buat di Sunway Lagoon pun dah terketar lutut.. tapi Alhamdulillah berjaya juga la smpai ke bawah,” kata Syue142.

“Seramnya… Tahniah Mira Filzah anda cukup berani.. lembut bukan sebarang lembut,” kata Ifa78.

Iklan

“Saya yang tengok Mira buat benda ini macam nak tercabut jantung,” kata Salsabila_013.

“Beli kt mana keberanian tu…. Terbaik la sis @mfmirafılzah,” kata Ciknasarbini.

“Okay on my next bucket list in New Zealand, you did a great job girl,” kata Nurulnizaidi.

Video berkenaan meraih lebih 52,000 like dan 342 komen di Instagram.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!