"DIA lebih mengetahui apa yang terbaik"- Pertama kali lihat Mizz Nina menitiskan air mata, peminat doakan terus cekal
"DIA lebih mengetahui apa yang terbaik". Demikian tutur penyanyi, Mizz Nina dalam satu video yang tular di laman sosial.
Sejak mengumumkan perpisahan dengan vokalis Hujan, Noh Salleh selepas 11 tahun berumahtangga, Mizz Nina terus positif berkongsi kebaikan dan tip keagamaan menerusi laman sosial.
Baca juga: "Selepas berfikir, kami bersetuju untuk berpisah" - Mizz Nina, Noh sah bercerai
Baca juga: Mizz Nina, Noh ambil anak angkat lelaki bernama Musa
Tidak hanya itu, Mizz Nina turut menjadi tetamu ke persidangan Spiritual Summit 2022 anjuran Safinah Institute.
Di kesempatan itu, beliau berkongsi tentang tajuk ‘A Heart of Stone: The Case of a Hardened Heart and its Cure.'
“DIA (ALLAH) mengetahui yang terbaik untuk kita semua. Mungkin kita perlu ubah cara berfikir. Sesuatu berlaku, sama ada kesukaran atau kesenangan.
“Jika diuji dengan kesenangan, kita bersyukur. Jika diuji kesukaran, bersabar. Kita boleh bersyukur juga di dalam kesukaran, masya-ALLAH,” tuturnya.
Dalam pada itu, Mizz Nina turut menyentuh tentang perjuangan seorang wanita melalui fasa penceraian. Beliau dilihat sebak dan sesekali menyapu air mata.
“Wanita itu berkata ‘bagaimana saya hendak lalui semua ini?’ dan dia hanya kembali kepada ALLAH dan bersyukur kepada ALLAH.
“Ia satu kehilangan tapi dia bersyukur suaminya sudah menghabiskan masa bertahun-tahun bersamanya. Subahanallah,” katanya.
Baca juga: Mizz Nina mohon bantuan kesan sepupu hilang
Video berdurasi satu minit 23 saat itu menyebabkan warga maya turut sebak. Rata-rata memberikan kata-kata semangat dan mendoakan ketabahan buat pengasas aplikasi muslim Qalby App itu.
-“Dia wanita kuat. Dia wanita yang sudah mendapat hidayah dari ALLAH dan dia menggenggamnya sekuat-kuatnya.”
-“ALLAH sentiasa menguji orang-orang yang sabar. Semoga ALLAH sentiasa melindungi”
-“Tenang sahaja wanita hebat ini walaupun dalam keadaan terbeban. Semoga aku juga sekuat kamu.”
-“Mama Nina seorang yang kuat insya-ALLAH doa banyak-banyak, semoga temui bahagia di penghujung jalan.”
-”Bila tengok hijrah beliau sangat ikhlas. ALLAH ingin mengangkat darjatnya lebih lagi. Semoga Nina terus terbang tinggi.”
-”Be strong Nina, ALLAH bersamamu.”
-”Pertama kali dalam hidup aku lihat wanita hebat ini menangis. Kuatkan semangatmu Mizz Nina.”
Baca juga: "Nina ubah hidup saya." - Noh Salleh
Baca juga: Mizz Nina lancarkan aplikasi Islamik, Qalby App terima pujian ramai
Baca juga: Sabar hadapi cubaan, usah keluh-kesah kerana ini sebabnya ALLAH menguji
Baca juga: Jangan ikutkan hati dan amarah. Ingat, penceraian bukan satu permainan
Sumber: TikTok ejust4u, Instagram Mizz Nina
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang