BERITA pelakon dan usahawan Lana Nodin jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital menjadi kejutan kepada para peminat.

Tidak mengetahui dengan jelas penyakit yang dihidapi, persoalan itu menjadi tanda tanya ramai.

Tampil menerusi laman sosial Instagram, pelakon Gol & Gincu dan Lagenda Budak Setan 2: Katerina itu menjelaskan situasi yang dihadapinya sehingga dikejarkan ke hospital semalam.

Baca juga: Manisnya! Lana Nodin tampil berhijab sejak Ramadan, akui masih fasa percubaan. ‘Saya & keluarga berubah ke arah lebih baik

Baca juga: Lana Nodin dipuji jemput ustazah bimbing suami & anak. ‘Kami tak sempurna tetapi cuba lakukan terbaik… ‘

“Ramai yang bertanya penyakit yang dialami. Saya tidak dapat menjawab panggilan telefon daripada wartawan dan rakan-rakan artis.

“Saya disahkan mengalami jangkitan pada usus, mungkin disebabkan tersalah makan atau keracunan makanan, tidak pasti.

“Saya mengalami kesakitan itu sejak tiga hingga empat hari yang lalu. Baru hari ini saya ada tenaga untuk bercakap,” ujar Lana.

Dalam keadaan tidak bermaya dan masih berada di hospital, isteri kepada Mohd Daud McKienzie itu memohon maaf kepada media dan rakan selebriti.

Baca juga: Anak anda alami cirit-birit, muntah dan sakit perut? Perhatikan gejalanya. Ia mungkin petanda gastroenteritis akut 

Baca juga: Sakit perut, cirit-birit, darah dalam najis antara simptom radang usus

Baca juga: Alami perubahan kepada pola membuang air besar? Itu mungkin petanda Sindrom Iritasi Usus 

Katanya, kesakitan yang dihadapi membataskan keupayaannya menjawab panggilan telefon dan mesej.

“Kepada rakan wartawan dan rakan artis yang cuba menghubungi, saya ingin memohon maaf kerana tidak sempat untuk menjawab mesej kerana terlalu sakit.

Iklan

“Saya mohon doa daripada kawan-kawan agar cepat sembuh dan boleh balik ke rumah.

“Terima kasih kepada mereka yang sudi datang melawat dan bertanya khabar dari jauh. Doakan yang terbaik untuk saya cepat sembuh ya,” ujar Lana.

Terdahulu, media melaporkan Lana dimasukkan ke hospital pagi Khamis. Pengurusnya, Jamal Salleh memaklumkan beliau terkejut mendapat panggilan daripada Lana yang memaklumkan tiba-tiba mengalami kesakitan yang teruk.

“Lana menghubungi saya sambil menangis meraung menahan kesakitan (meminta) supaya dibawa ke hospital dengan segera. Malam tadi beliau ada hubungi saya maklumkan sudah dua hari badannya rasa serba tidak kena, tetapi masih buat kerja seperti biasa.

“Jadi saya nasihatkan supaya berehat secukupnya, namun sekitar jam 11 pagi beliau menghubungi saya beritahu kesihatannya semakin teruk.

Iklan

“Saya minta beliau hubungi suaminya segera kerana saya ada urusan kerja di luar waktu itu. Jadi Lana dibawa suami ke hospital dan beliau sedang menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Sumber: Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!