BEKAS bintang Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6), Mama Rina meluahkan rasa terkilan susulan kesukaran mendapatkan bantuan daripada mana-mana pihak.

Pemilik nama sebenar Hairina Abd Halim itu mengakui kini buntu untuk mencari sumber pendapatan dengan keadaan kesihatan masih belum pulih sepenuhnya.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, meskipun tujuh bulan berlalu selepas menjalani pembedahan membuang dua jari pada kaki kiri akibat penyakit diabetes atau kencing manis namun proses penyembuhan perlu mengambil masa lama untuk kembali bergerak aktif seperti dulu.

Menambahkan lagi keresahan apabila beliau yang berumur 59 tahun itu perlu menanggung tiga orang lagi adik-beradik dan salah seorang daripada mereka orang kelainan upaya (OKU).

“Sebelum ini, saya ada menerima bantuan daripada sebuah agensi kebajikan namun ditarik semula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lepas.

“Saya tidak duduk diam, waktu itu sihat, dah ada penyakit tersebut tapi terkawal jadi aktif busking di Pandan City dan ambil tempahan kuih ros serta bangkit.

Bagaimanapun, gara-gara tertendang tong gas dan menahan sakit selama sebulan akibatnya jari membengkak akhirnya menanah. Sempat lagi bekerja namun pada satu malam itu, saya tak dapat tidur dan terus membuat keputusan ke hospital,” katanya kepada Sinar Plus.

Baca juga:Cantiknya Alisa. Sekejap jer dah besar. Hanis Zalikha kongsi video anak sambut hari lahir di spa kanak-kanak bikin warga maya teruja

Baca juga: Rajinnya, mesti dah biasa tengok omma kemas rumah. Gelagat comel Rina lap lantai bikin ramai terhibur

Baca juga:Hati terguris dibuli siber, Zarina Zarina terkedu Wikipedia anak OKU disunting dengan kata-kata penghinaan

Tambah Hairina, disebabkan lewat mendapatkan rawatan, doktor terpaksa memotong jari berkenaan maka sejak itu kehidupan menjadi semakin susah dan sempit sehingga terputus bekalan makanan selama beberapa hari kerana kehabisan wang.

“Struggle, sedih. Kita dah dalam kesukaran dengan faktor kesihatan tetap berjalan ke jabatan kebajikan. Lain pula jadinya, kakitangan mereka memaklumkan untuk menunggu umur 60 tahun baru layak dapat bantuan tersebut.

“Sekarang baru 59 tahun, habis itu berapa lama nak lulus dan dalam tempoh itu kami nak makan apa?” katanya.

Hairina turut mendakwa Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tidak pernah menghulurkan sebarang bantuan.

Beliau memohon bantuan orang ramai untuk kelangsungan hidup bukan demi kepentingan diri sendiri.

“Saya minta tolong jika ada yang ingin menghulurkan bantuan sama ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau sesiapa sahaja.

Iklan

“Sekiranya ada pekerjaan busking, saya pakai tongkat ke kerusi roda pun tak apa, bukan suara saya yang sakit,” ujarnya.

Orang ramai yang mahu menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian ke akuan Maybank 1010 6760 1347 atas nama Hairina Abd Halim atau menghubunginya sendiri di talian 014-388 1694.

Untuk rekod, Mama Rina berusia 45 tahun ketika menyertai AF6 pada 2008 merupakan peserta paling tua.

Sekadar makluman, berikut dua faktor utama yang menyebabkan luka awal diabetes lambat sembuh.

1. Peredaran darah yang terganggu
2. Daya tahan badan yang agak lemah

Langkah untuk mempercepatkan proses pemulihan luka diabetes dan mengelakkan komplikasi yang lebih buruk ialah:

Iklan

1. Kurangkan tekanan pada luka
Sewaktu membalut luka dengan menggunakan kain kasa, jangan sesekali membalutnya dengan terlalu ketat atau kuat.
2. Kerap rawat luka.
3. Kawal paras gula darah setiap masa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!