PELAKON dan pengacara Datin Lisa Surihani mengumumkan nama anak ketiganya.

Lisa Surihani yang selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada pukul 2.30 pagi 15 Jun lalu itu menyifatkan kehadiran permata hati tersebut memberi makna tersendiri buat mereka sekeluarga.

Oleh itu, memasuki hari ketujuh selepas dilahirkan Lisa mengumumkan nama puteranya itu.

Baca juga Saya Pernah Terfikir Sampai Bila Nak Berlakon.. – Lisa Surihani

Menurut Lisa yang merupakan isteri kepada pengarah dan penyanyi, Datuk Yusry Abdul Halim, nama Yunos Laith menjadi pilihan yang mana Yunos diambil sempena nama Nabi Yunus dan Laith pula bermaksud keberanian.

Tulisnya mengenai bayi yang dilahirkan seberat 3.49 kilogram itu: “Assalamualaikum! Hi everyone. We would like to introduce our brother, he is 7 days old today.

“His name is Yunos Laith Bin Yusry. ‘Yunos’ is the name of one of our prophets and ‘Laith’ means brave as a lion. Rawr! We love him very much. He was born on the 15th of June, which is also Daddy’s birthday.
“Alhamdulillah , Thank you everyone for praying and for the well wishes. Love, The YLs.”

Baca  juga Lisa Surihani Selamat Bersalin, Anak Ketiga Kongsi Hari Jadi Dengan Yusry

Iklan

Untuk rekod, Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Mereka juga dikurniakan dua cahaya mata Yahaira Leanne, 6, Yusof Leonne berusia empat tahun.

Lebih bermakna, Yunos yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Bangsar, Kuala Lumpur dan berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Yusri.

Iklan

Sumber: Instagram Lisa Surihani