“Hari lahir Ummi diiringi pemergian anak sulungnya.” - Abang Uyaina meninggal dunia

A
A
A

PEMERGIAN anak sulung pada hari lahir, demikian kenyataan yang terpaksa ditempuhi ibu pengacara dan pelakon Uyaina Arshad apabila abangnya, Mohd Attaful Uzair meninggal dunia.

Pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina yang dijangka melahirkan cahaya mata pertama pada September depan berkongsi kesedihan permergian abang yang menjadi ketua keluarga mereka selepas bapanya meninggal dunia 24 tahun lalu.

Baca juga: Uyaina, Raja Syahiran bakal timang anak lelaki

(Kredit foto: Instagram uyainaarshad)

Lebih memilukan, menurut Uyaina arwah bertanggungjawab memberikan contoh baik kepada adik-adik termasuk mendahulukan ibu mereka, Siti Noor Farah Jaafar.

“Inallillahiwainnailaihirojiun. Mohd Attaful Uzair bin Arshad. pulangnya abang sulungku ke negeri abadi bertemu Sang Pencipta.

“Orang baik selalu pergi dulu. Beliau tersangat baik. Terlalu baik. Anak, abang, suami dan ayah yang baik.

“Selepas arwah Baba meninggal beliau menjadi ketua keluarga. Daripada kecil lagi beliau sudah set contoh yang baik untuk kami adik-adik.

“Beliau masuk asrama, kami semua nak masuk asrama. Beliau berjaya dalam pelajaran, kami semua nak berjaya dalam pelajaran. Beliau sentiasa dahulukan Ummi, kami adik-adik berebut hendak berbakti untuk Ummi. Beliau baik, pemurah dan penyayang,” titip Uyaina.

Baca juga: “Kami masih tak percaya bakal menjadi ibu dan ayah” – Uyaina hamil cahaya mata sulung

(Kredit foto: Instagram uyainaarshad)

Juara Pencarian Nona Manis 2015 itu dan abangnya mempunyai hubungan sangat akrab. Malah kata Uyaina, arwah meluahkan kebimbangan tentang perihal dirinya yang bakal bersalin tidak lama lagi.

“Baru sahaja semalam kami berjumpa. Makan bersama-sama. Bersembang macam-macam. Gelak sama-sama. Macam-maca juga dia pesan.

“Beliau risaukan adik nak bersalin. Rupa-rupanya beliau yang pergi dulu. Rasa tidak percaya beliau sudah tiada. Terlalu awal beliau pergi, sama usia dengan arwah Baba sewaktu dia meninggal dunia,” luah Uyaina yang kehilangan bapa ketika berusia lima tahun.

 

Malah juara Puteri Muslimah Asia itu juga meluahkan kesedihan pemergian si abang pada hari lahir ibunya.

Baca juga: Sibuk bukan alasan untuk saling berjauhan, Uyaina dan Raja Syahiran sentiasa curi waktu untuk bersama

Foto keluarga Uyaina (Kredit foto: Instagram uyainaarshad)

“Rasa terlalu perit dan sakit hendak diungkap dengan kata-kata. Kehilangan seorang insan yang terlalu baik. Kehilangan darah daging yang terlalu kami sayang.

“Hari ini, 19 Ogos adalah hari jadi Ummi. Lama beliau rancang untuk sambut birthday Ummi. Akhirnya, hari lahir Ummi diiringi dengan pemergian anak sulungnya, Allahuakbar.

“Abangku Uzair, semoga syurga menantimu. Minta kalian semua hadiahkan al-Fatihah buat Mohd Attaful Uzair bin Arshad. Doakan juga kesejahteraan, kekuatan buat isteri dan anak-anaknya,” titip Uyaina.

Uyaina merupakan anak bongsu daripada empat beradik dan mempunyai dua abang serta seorang kakak.

Bapa beliau, Arshad Ibrahim meninggal dunia di New Zealand pada usia 37 tahun pada tahun 1997 sewaktu menjalankan tugas sebagai pegawai tentera laut.

Baca juga: Uyaina selamat bergelar isteri Raja Syahiran

sumber: Instagram @uyainaarshad, 1

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca