Hilang suara kerana laryngitis, Jaclyn Victor taip di handphone untuk komunikasi, tetap semangat bertanding ASGV

A
A
A

HILANG suara susulan masalah laryngitis, penyanyi bersuara lantang Jaclyn Victor mendedahkan dirinya sukar untuk bercakap.

Sebagai alternatif, Jaclyn atau nama penuhnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 44, menggunakan telefon bimbit sebagai perantaraan untuk berkomunikasi.

Lapor portal hiburan tempatan, penyanyi itu menyedari kesakitan pada bahagian tekak sejak Selasa minggu lalu namun masih meneruskan persembahan pada minggu kelapan All Stars Gegar Vaganza (ASGV).

Bagaimanapun masalah berkenaan tidak hilang sehingga Jaclyn mengalami kesukaran untuk bercakap pada awal pagi Selasa.

Baca juga: Tepati ramalan ramai, Jaclyn Victor juara GV9

"Tekaknya mula sakit pada Selasa minggu lepas. Dia sudah berjumpa doktor dan cuba juga meneruskan persembahan.

"Pada Isnin suaranya semakin sayup dan dia menghubungi saya beritahu memang tidak boleh bercakap," ujar pengurus Jaclyn, Zulaikha.

Dalam temu bual bersama media baru-baru ini, juara Malaysian Idol musim pertama itu hanya mampu menunjukkan teks yang ditaip pada telefon bimbit kerana tidak mampu mengeluarkan suara dan untuk bertutur.

Zulaikha memaklumkan Jaclyn dicadangkan doktor untuk berehat sehingga suaranya pulih manakala tempoh pemulihan pula tidak dapat dijangkakan.

Baca juga: Jaclyn Victor terbang ke New York demi Kembalilah

"Minggu ini pun Jac ada dua persembahan. Tak tahu apa yang akan terjadi. Kita tunggu sahaja, mungkin akan dapatkan suntikan," katanya.

Menurut Zulaikha, laryngitis yang berlaku berkemungkinan disebabkan penyanyi itu kurang berehat sejak menyertai ASGV.

Pun begitu, Jaclyn tetap bersemangat untuk mendendangkan lagu All I Ask pada minggu kesembilan ASGV Ahad ini.

"Persembahan kena teruskan. Apa yang berlaku nanti kita tunggu, tak mungkin Jac tarik diri.

"Jac pun memang kurang rehat. Setiap kali sebelum naik pentas dia selalu berdebar," kongsi Zulaikha.

Baca juga: Hati Jaclyn Victor kembali dimiliki

Info laryngitis

1-Memetik portal Siloam Hospital,laryngitis iaitu keradangan pada bahagian laring yang mengakibatkan pembengkakan pada pita suara dan perubahan suara menjadi parau atau serak.

2-Bengkak pada pita suara juga berisiko menyebabkan masalah pernafasan kerana ia menghalang peredaran oksigen.

3-Laryngitis boleh sembuh dalam masa dua hingga tiga minggu. Bagaimanapun, jika penyakit ini berlarutan lebih lama, ia boleh berkembang menjadi laringitis kronik.

4-Ia terbahagi kepada dua peringkat iaitu laryngitis akut dan kronik. Kedua-dua keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor yang berbeza.

5-Laryngitis akut biasanya hanya berlangsung selama beberapa hari atau minggu dan boleh hilang dengan sendirinya walaupun tanpa rawatan.

7-Antara punca laryngitis akut ialah seperti berikut:

-Jangkitan bakteria, salah satunya adalah bakteria yang menyebabkan difteria.

-Jangkitan virus yang menyebabkan jangkitan pada laringitis biasanya sama dengan virus yang menyebabkan jangkitan saluran pernafasan.

-Kecederaan pita suara yang boleh disebabkan oleh penggunaan suara yang berlebihan, kerengsaan atau jangkitan.

6-Manakala laringitis kronik tidak reda walaupun sudah melebihi tiga minggu.

Semoga Jac cepat sembuh!

Sumber: Mstar, Astro Gempak, Siloam Hospitals

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca