USAHAWAN kosmetik terkenal, Datuk Seri Alha Alfa baru-baru ini melancarkan single bertajuk Cinta Agung bersama pelakon, Zara Zya.

Pemilik nama sebenar Abdul Al Halim Al Fadzil itu bagaimana pun mengakui itu bukanlah langkah awal untuk beliau bergelar penyanyi.

Bahkan kata empunya diri, beliau sekadar ingin memeriahkan industri seni muzik disamping mengembangkan lagi empayar bisnesnya yang sedia ada.

Baca ni  ‘Tak perlu cipta helah raih perhatian.’ Jadi diri sendiri & anggap kerja ibadah, resipi Alif Satar sifar kontroversi

alha

“Saya menyanyi sekadar suka-suka, tiada niat untuk digelar sebagai artis. Pada saya, tidak salah usahawan seperti saya untuk keluarkan lagu.

“Lagipun, saya mahu jadikan single ini sebagai tanda dan hadiah persahabatan buat Zara sepanjang 10 tahun kami berkawan.

Mengulas lanjut berkenaan lagu tersebut, Alha mengakui sekadar bergurau meminta sebuah lagu daripada Yuka.

“Kalau diikutkan lagu tersebut sudah siap setahun lalu, Awalnya saya sekadar bergurau meminta sebuah lagu. Tak sangka Yuka sudahpun siapkan sebuah single untuk saya. Memandangkan Zara boleh menyanyi, saya ajak beliau berduet bersama.

Alha berkata demikian ketika ditemui di sidang media transformasi Datuk Seri Alha Alfa di Publika hari ini.

Baca juga Zara Zya mahu kaum Hawa kental dan ‘kena mahal’. Pelakon jelita ini juga sedia bertukar status

alha 1

SUKA CABAR DIRI
Mengulas mengenai kecaman yang bakal diterima kelak, tuan punya badan mengakui perkara tersebut sebagai lumrah apabila berada di dalam industri hiburan.

“Saya jenis yang suka cabar diri dan mencuba semua benda. Justeru ini (menyanyi) salah satunya. Pada saya, kecaman itu perkara biasa.

“Sedangkan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang penyanyi nombor satu negara pun kena kecam, inikan pula saya. Jadi, tak perlu nak ambil kisah. Lagipun, kalau kita tidak cuba, kita takkan tahu kemampuan diri, kan?,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis bersama media yang berlangsung di restoran eksklusif The Roomah Publika.

Baca lagi Zara Zya buat trend marhaban di TikTok curi perhatian ramai, ‘sportingnya ibu & anak’

 

Sementara itu, Zara terharu dan menyifatkan lagu Cinta Agung sebagai simbolik tanda persahabatan mereka berdua selain sebagai hadiah buat peminatnya.

Iklan

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin sebelum itu pernah menghasilkan single berjudul Tiada Dendam kira-kira enam tahun lalu.

“Saya bukanlah aktif dalam nyanyian, cuma sekadar suka-suka. Apabila peminat beritahu mereka mahukan sesuatu, saya anggap single ini dapat memenuhi permintaan tersebut.

Baca juga Dulu ikut ayah cari barang kitar semula, bawa ibu gadai gelang emas. Kini Alha Alfa jurusolek terkenal

alha 3

Dalam majlis yang sama, Alha Alfa Cosmetics turut berbangga memperkenalkan keluaran terbaharu minyak wangi eksklusif bersama primadona filem Melayu, Datin Seri Umie Aida, Perfume AA X Umie Aida, dan juga rangkaian Perfume AA sendiri.

Iklan

Selain itu, Alha Alfa Cosmetics turut menerima penghargaan apabila melakar sejarah dengan mencatat rekod memasuki MBR sebagai Highest Latitude Cosmetic Demonstration (Demonstrasi Kosmetik Latitud Tertinggi), serta pemegang rekod bagi kategori ‘individu’, Yang Berbahagia Dato’ Sri Alha Alfa sendiri untuk gelaran yang sama, Highest Latitude Cosmetic Demonstration.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang