Isu 3 pagi tidak benar, Risteena dedah bukti perbualan bersama Ruhainies di WhatsApp
PELAKON Risteena mendedahkan perbualan bersama Ruhainies sebelum adiknya itu ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah Sabtu lalu.
Mengakui kekhilafan yang dilakukan Aliff dan Ruhainies, Risteena menjelaskan kejadian itu berlaku bukan pada 3 pagi.
"Jam 11 lebih JAWI dah sampai di rumah. Bukan jam 3 pagi.
"Yang khilaf tetap khilaf. Saya percaya Ruhainies dan Aliff juga sedar tentang khilaf mereka dan telah pun mohon maaf.
"Siapa kita untuk menghukum mereka. Kebetulan malam tersebut memang planning ke rumah Ruhainies, jadi saya di sini hanya menjelaskan keadaan sebenar sekiranya perkara ini dapat diselamatkan dan tidak menjadi lebih buruk," kongsinya.
Baca juga: 'Akui kekhilafan diri, Aliff hanya kawan biasa.' Ruhainies dedah situasi sebenar isu tangkap basah
Baca juga: 'Ini jalan terbaik, cinta tak seharusnya memiliki.' Bella Astillah nekad berpisah dengan Aliff Aziz
Menerusi hantaran di IG Story, Risteena berkongsi tangkap skrin (screenshot) yang memaparkan perbualannya bersama Ruhainies di aplikasi WhatsApp.
Ruhainies bertanya kepada kakaknya itu pada pukul 7.21 malam sama ada akan bermalam di rumahnya.
Kemudian, pemilik nama Nur Risteena Munim Zainul Ilyas itu bertanyakan waktu kerja si adik berakhir dan siapa yang akan memasak pada malam itu.
Namun, disebabkan perlu menjalani penggambaran dan berdepan kesesakan lalu lintas pada malam minggu membuatkan dirinya terlewat sampai.
"Ya saya sepatutnya berada di sana sama-sama, tapi terlambat atas komitmen kerja dan kesesakan jalan raya."Saya sampai di rumah Ruhainies jam 11.30 malam dan isu 3 pagi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) datang ke rumah adalah tidak benar," kongsinya.
Terdahulu Ruhainies dan Aliff memuat naik kenyataan berhubung isu berkenaan menjelaskan kejadian sebenar.
Ruhainies mengakui Aliff hanya sekadar kawan biasa manakala Aliff pula memaklumkan keberadaannya di rumah pelakon itu adalah untuk menyertai acara makan-makan keluarga rakannya itu.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im berkata pihak JAWI sedang melengkapkan kertas siasatan sedang giat dilakukan dan prosedur yang digunakan sama sahaja seperti kebanyakan kes lain.
Tambahnya, perbuatan maksiat tetap dikira maksiat dan tidak boleh dianggap sebaliknya.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang