FUJIKO A. Fujio, kartunis Jepun yang terkenal dengan siri manganya Ninja Hattori, dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Pemilik nama sebenar Motoo Abiko itu menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya dekat Tokyo, kata polis.

Jangan lupa follow kami di Instagram.

Menurut laporan Kyodo News, selain kartun Ninja Hattori yang popular di Malaysia, Abiko juga terkenal dengan karya-karyanya seperti Kaibutsu-kun (The Monster Kid) yang turut dihasilkan dalam siri anime tersebut.

Motoo Abiko bekerja dengan rakan zaman kanak-kanaknya Fujiko F. Fujio atau nama sebenarnya Hiroshi Fujimoto, mendiang pencipta siri kartun terkenal Doraemon.

Baca juga Perkahwinan Hyun Bin ‘direstui’ peminat seluruh dunia, berikut 5 lakonan ‘oppa Hyun Bin’ wajib tonton

Kartunis Ninja Hattori, Fujiko A. Fujio meninggal dunia pada usia 88 tahun

Duo kartunis menggunakan nama “Fujiko Fujio” dalam perkongsian mereka, tetapi dibubarkan pada tahun 1987.

Menurut laporan News Straits Times, penyiar TBS berkata Fujiko A. Fujio alias Abiko ditemui meninggal dunia di luar rumahnya pada Khamis.

Polis tidak mengesahkan laporan itu kepada AFP, tetapi barisan artis Jepun dan mereka di belakang produksi anime memberi penghormatan kepada kartunis mendiang di Twitter.

Ninja Hattori ialah siri manga karya Fujiko A. Fujio yang pernah disiarkan pada tahun-tahun 1964-1968 dan 1981-1988.

Baca juga Will Smith tampar pengacara Oscar seloroh isteri botak, berikut fakta alopecia areata dihidapi Jada

Anime ini pernah disiarkan di ntv7 dan kini disiarkan di Astro Ceria.

Iklan

Siri ini mengisahkan seorang pelatih ninja kanak-kanak bernama Hattori Kanzō dari puak Iga bersama adiknya Shinzō dan anjingnya Shishimaru yang dipindahkan dari wilayah Iga ke Tokyo lalu tinggal bersama Ken’ichi Mitsuba dan keluarganya.

Sumber: Tribunnews

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI