Keputusan CT scan ok, selamat jalani pembedahan Amber Chia cedera di kepala jatuh tangga

AMBER Chia mengalami kecederaan di kepala akibat terjatuh dari tangga kerana pitam dan sedang menjalani rawatan lanjut di sebuah pusat perubatan swasta.

Model dan pelakon yang berusia 41 tahun itu berkongsi kejadian malang yang menimpanya di Instagram.

Amber turut memuat naik sekeping gambar menunjukkan dia terbaring di katil hospital dengan kepala berbalut.

Akibat kemalangan itu, Amber perlu menjalani pembedahan kecil. Bagaimanapun, yang pasti Amber tidak mengalami kecederaan pada organ dalaman.

“Saya mengalami kemalangan kecil, terjatuh dari tangga semasa pitam,” tulisnya ringkas.

Sementara itu, menerusi Instagram Story, Amber berkongsi keadaan dirinya yang tetap ceria dengan ditemani rakan rapat yang membantunya dalam pengurusan diri.

“Saya okay. Jangan risau, semuanya baik-baik saja,” coretnya.

Baca juga Amber Chia catwalk atas treadmill

 

Dalam perkembangan terbaru, Amber sudah selamat menjalani pembedahan untuk jahitan di kepalanya.

Menurutnya, ujian Computed Tomography (CT) Scan yang telah dijalaninya juga menunjukkan tiada yang memudaratkan.

“CT scan out, jangan risau semua. Tiada darah beku di kepala.

“Stitches surgery done. Feeling much better now,” ujarnya ringkas mohon peminat bertenang dan tidak perlu gusar.

Iklan

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai menghujani doakan agar Amber cepat sihat dan pulih.

Amber mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Adrian Wong dan hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak lelaki Ashton, kini berusia 13 tahun.

Amber berasal dari Perak tetapi dibesarkan di Tawau, Sabah, memulakan kerjayanya dalam bidang peragaan pada 2004.

Baca juga Ayda Jebat mengandung anak kedua 5 bulan, Ana Nayla bakal jadi kakak

Iklan

Seterusnya, menubuhkan perniagaannya sendiri pada 2009, menerusi syarikat Amber Creations.

Disusuli, setahun kemudian dia menubuhkan sekolah model dikenali Amber Chia Academy.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!