'Konflik dingin', ini respons Neelofa, Fazura. 'Tidak bersahabat bukanlah bermakna bermusuh'

A
A
A

'KONFLIK dingin' antara dua selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa dan Nur Fazura sudah lama. Tanpa punca jelas, peminat kedua-dua nama besar ini acapkali bertelingkah di laman sosial.

Memasuki tahun ke-13, Neelofa berlapang dada dan menzahirkan keinginan untuk menoktahkan perhubungan dingin itu.

“Bila saya fikir balik, sudah berbelas tahun perkara ini berlaku. Takkan saya nak tunggu berpuluh tahun baru nak lakukan sesuatu.

“Jika saya diberikan peluang dan ruang untuk berdamai dan meletakkan segalanya di belakang, saya akan sambut dengan baik. Saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama.

“Jika kedua-dua belah pihak boleh lakukan perkara ini, saya rasa ia akan memberi kesan baik kepada peminat masing-masing. Tiada lagi pihak yang akan mengapi-apikan,” katanya.

Ibu kepada Muhammad Bilal dan Abdullah Abas itu menambah, masing masing kini pun telah berkeluarga.

Baca juga: Comel! Neelofa ‘belanja’ wajah Abdullah Abbas dalam pantulan cermin

Asyik diapi-apikan

“Saya percaya, dua-dua pun nak teruskan hidup, nak buat bisnes dan sebagainya. Kalau asyik diapi-apikan lagi, saya pun dah tak larat nak lalui.

“Kami sebenarnya tiada apa-apa. Saya nampak dia pun tak ada cari pasal atau cakap apa-apa pasal saya. Yang lebih-lebih adalah orang luar yang tak ada kaitan dengan hidup kami

Neelofa juga menzahirkan bersedia untuk bertemu dengan suri hati Fattah Amin.

“I would love to meet her”, katanya.

Kemelut kedua-dua selebriti popular itu tercetus ketika pembabitan awal Neelofa dalam industri.

Baru-baru ini, seorang individu disyaki peminat tegar Neelofa dipercayai menyindir Fazura dengan mendakwanya membuka tudung dan berhibur di sebuah pusat hiburan di Jakarta, Indonesia.

Baca juga: “Lebih kurang period pain je”- 14 jam kontraksi, Neelofa kongsi detik lahirkan Bilal

'Tidak bersahabat bukanlah bermakna bermusuh' - Fazura

Fazura dalam kenyataan yang dimuat naik di Instagram, berkata beliau hanya menjawab soalan yang diajukan wartawan mengenai perkara yang telah ditular oleh peminat tegar seorang individu.

“Tiada niat untuk membuka aib sesiapa tetapi jika dibiarkan, perkara tidak betul yang tumbuh akan terus melata. Dalam saya sibuk menguruskan kehidupan sendiri serta keluarga dan rancangan kerjaya saya sendiri, muncul lagi anasir yang tidak jemu menangguk di air yang keruh.

“Dikongsikan ialah rakaman video sebenar sewaktu wawancara di majlis pelancaran produk terbaru saya baru-baru ini untuk dinilaikan sendiri. Sejujurnya saya hanya menjawab soalan yang telah diajukan oleh wartawan. Jika tidak dijawab, ceritanya lain pula nanti.

“Respons saya adalah kepada soalan berkenaan perkara yang telah ditular oleh para peminat tegar individu lain tetapi sekarang digambarkan seolah-olah saya yang memulakannya. Untuk apa?

“Tiada sebab dan tiada keuntungan untuk saya memulakan sesuatu yang tidak produktif. Banyak perkara lain perlu diberikan perhatian. Saya sentiasa bersyukur dengan kurniaan ALLAH SWT kepada saya dan keluarga selama ini,” titipnya.

Baca juga: ‘Little mini me’. Tak percaya Fatima sudah 2 tahun setengah, Fazura mohon doa timang zuriat kedua

Jelas Fazura lagi, walaupun hanya memberi fokus kepada hal sendiri dan keluarga, beliau masih menjadi sasaran.

Ibu kepada Nur Fatima Aisya itu juga berkata tidak bersahabat bukanlah bermakna bermusuh.

“Ini bukan kali pertama, sudah bertahun-tahun lamanya tapi saya dan suami terus fokus kepada kehidupan kami serta kerjaya sendiri. Kini, Fatima juga menjadi mangsa tambahan. Apa salah dia sehingga sasaran cacian itu dihalalkan?

“Naratif ‘Perang Dingin’ yang digembar-gemburkan ini juga tidak betul dan tidak pasti niatnya. Sama juga seperti orang lain, saya berhak menentukan dengan siapa saya sesuai berkawan. Tidak berkawan, tidak semestinya memusuhi. Kini, izin suami dengan siapa saya wajar berkawan juga wajib diberikan keutamaan.

“Maka didoakan agar semua dapat meneruskan kehidupan masing-masing dalam keredaan ALLAH SWT. Tiada guna memerah jerami untuk mendapatkan santan. Semoga kita semua dikurniakan kebahagiaan dan ketenangan di dunia akhirat. Mudah-mudahan. Aamiin,” luah Fazura.

Baca juga: Fazura terharu terima potret kurniaan Sultan, Permaisuri Selangor. -“Amat bernilai buat patik sekeluarga”

Warga maya di laman sosial SinarPlus mendoakan agar hubungan dua selebriti hebat bertambah baik.

- "Mesti semua happy tengok Neelofa dan Fazura berbaik."

- "Ya ALLAH moga baik-baik sahaja. Teringin untuk lihat mereka duduk semeja."

- "Berbaik-baik, inilah yang Rasulullah ajar umat baginda."

- "Contoh teladan terbaik Lofa, selebihnya serahkan kepada ALLAH."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca