‘Little mini me’. Ramai tak percaya Fatimah baru 2 tahun setengah, Fazura mohon doa timang zuriat kedua

PELAKON, pengacara dan usahawan Fazura menjalani kehidupan bahagia bersama suami yang juga pelakon, Fattah Amin.

Perkahwinan mereka pada 27 November 2017 diserikan dengan kehadiran cahaya mata perempuan Nur Fatima Aisya.

Meniti usia dua tahun enam bulan, kelibat permata hatinya itu sering dilihat di laman sosial.

Baca juga: Berebut masa tambah anak & bisnes, Fazura serah soal zuriat pada ALLAH, harap dikurnia anak lelaki

Petah, bijak dan ceria, Fatima sentiasa menjadi perhatian warganet.

Keletah dan gelagat si kecil menghiburkan. Lebih-lebih lagi apabila mereka berpakaian sedondon, penampilan Fatima seolah-olah Fazura versi mini!

Baca juga: Fazura terharu terima potret kurniaan Sultan, Permaisuri Selangor. -“Amat bernilai buat patik sekeluarga”

 

Baru-baru ini ketika sambutan hari raya Bahagianya Syawal Bersama Fazura, pelakon Gol dan Gincu itu tampil sedondon biru bersama keluarga.

“Bersyukur jika sentiasa ada ketenangan dan kebahagiaan. Sederhana cara kami,” titip Fazura.

Fatima tidak ketinggalan tampil berbaju mini kurung salin tak tumpah seperti ibunya.

“She’s 2 and a half but I still can’t believe she’s my little mini-me #NurFatimaAisya @fattahaminz.

Pemilik jenama tudung Fazura itu tidak ketinggalan ditanya tentang perancangan menambah bilangan cahaya mata.

Baca juga: Bawa anak kecil, anak saudara autisme naik flight , Fazura luah kecewa diherdik penumpang wanita

Pernah meletakkan sasaran untuk melahirkan anak kedua penghujung tahun 2023, wanita berusia 39 tahun itu memohon titipan dia agar segalanya dipermudahkan.

“Bagi yang bertanya bila nak ada second baby?

“Doakan rezeki bakal tiba. Mudah-mudahan, aamin,” kongsinya.

Warganet menitipkan doa agar impian Fazura menimang zuriat kedua menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Iklan

Baca juga: Fazura, ‘kembar’ akhirnya bertemu, warganet kata seiras macam adik beradik

Tidak kurang juga yang tidak menyangka usia Fatima baharu dua tahun setengah kerana fizikal yang tinggi dan bijak.

– “Saya mendoakan rezeki akan bakal tiba soon. Mudah-mudahan.”

– “Semoga sakinah mawadah warahmah dalam rumah tangga kalian dan melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah.”

– “Sweetnya mother and daughter, insya-ALLAH. Semoga dikurniakn zuriat yang ramai.”

– “Insya-ALLAH semoga dipermudahkan. So lovely mother and daughter in blue.”

Iklan

– “Tak percaya Fatima baru dua tahun, tinggi dan bijak. Kakak-kakak sangat dia.”

Baca juga: Tahniah! Fazura terima Anugerah Selebriti Paling Cemerlang

Baca juga: Fazura teruja, anak terima hadiah rantai berlian daripada Tengku Permaisuri Norashikin

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Sumber: Instagram missfazura

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi