'Lagi seminggu je mak, selamat majlis Ubai & Sha', luah Shila Amzah kehilangan bakal ibu mentua

A
A
A

'Lagi seminggu je mak, selamat majlis Ubai & Sha', luah Shila Amzah kehilangan bakal ibu mentua

AL-FATIHAH. Ibu kepada pempengaruh terkenal, Ubai, Rohani Jamal meninggal dunia pada petang semalam.

Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh Ubai dalam satu hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Kehilangan itu turut dirasai tunangnya yang juga penyanyi, Shila Amzah.

"Mak, terima kasih atas pinjaman waktu ini mak. Lagi seminggu je mak, selamat majlis Ubai dan Sha.

"Mak adalah mak yang baik dan penyayang, isteri yang sangat baik, anak yang baik, kakak yang baik, sahabat yang baik kepada semua yang sayangkan mak.

"Sha sayang mak lillahitaala. Selamat pergi ke negeri abadi. Al-Fatihah," coretnya.

Baca juga Shila Amzah, Ubai menuju hari bahagia, bakal disatukan dalam masa terdekat

 

Semalam, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli memaklumkan ibu kesayangannya telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 6:45 petang Ahad.

"Salam semua, mak saya baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.45 petang tadi," tulisnya.

Dalam hantaran yang sama, personaliti media sosial berusia 25 itu juga turut membuat coretan luahan isi hatinya atas pemergian ibu tercinta.

"Hilangnya doa seorang ibu. Berat dugaan ni untuk Ubai, tapi Ubai reda. Berehatlah mak. Mak seorang ibu yang baik, semua orang senang dengan mak.

"Ubai ingat semua pesan mak, Ubai tak pernah lupa. Terima kasih mak, sebab jadi tempat untuk Ubai mengadu, untuk Ubai minta nasihat.

"Ubai janji akan jaga adik beradik semua. Terima kasih emak, Ubai sayang mak sangat-sangat,” coretnya.

Jenazah Rohani selamat dikebumikan malam tadi.

Baca juga Tular buang gula-gula atas pentas, Shila Amzah mohon maaf

Terdahulu, ibu Ubai mula dimasukkan ke PPUM selepas mengalami pendarahan pada bahagian rahim sejak 8 Julai lalu. Sebelum ini, ibunya sudah pun menjalani pembedahan membuang ovari selepas disahkan menghidap kanser di organ berkenaan pada Januari lalu.

Ubai dan Shila mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu dan bakal mendirikan rumah tangga pada Ogos ini.

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah dan salam takziah buat keluarga.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca