‘Lepas pantang craving sugar, berat naik mendadak.’ Wany Hasrita usaha kawal gula demi kesihatan

A
A
A

SEGELINTIR wanita yang baru melahirkan anak pasti mengalami peningkatan berat badan. Hal itu turut diakui penyanyi dan pengacara, Wany Hasrita ketika ditemui baru-baru ini.

Pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita, 32, berkata, antara punca berat badannya meningkat secara mendadak kerana pengambilan gula berlebihan.

“Masih lagi naik, dalam fasa ‘sugar craving’. Selepas beberapa minggu (habis berpantang), saya memang nak makanan manis.

“Akibat daripada itu, berat saya naik mendadak,” katanya.

Baca juga:Penampilan 2024, Oprah Winfrey lebih langsing, berkeyakinan. Diet yo-yo; berjaya, nafi ambil pil kurus

Tambah Wany, meskipun ‘mengidam’ namun beliau perlu melawan keinginan tersebut demi menjaga kesihatan.

Justeru katanya, tindakan yang paling utama sekarang adalah mengawal gula.

“Sekarang ini saya tengah berusaha nak ‘cut sugar’

“Inisiatif lain pula, saya perlu menjaga kalori dan melakukan senaman,” ujarnya.

Baca juga:Disahkan hidap kanser, Raja Charles III tetap positif, kini mulakan rawatan pesakit luar

Sementara itu, beliau turut memaklumkan baru mengeluarkan lagu baharu bertajuk ‘Cinta Hatiku’.

Menurutnya, lagu tersebut dibuat khas untuk cahaya mata sulungnya, Aishah Al Iman.

“Lagu ini berkisar tentang cinta seorang ibu kepada anak,” katanya.

Baca juga:Sazzy Falak luah rasa sempena hari lahir anak lelaki. Setelah bertahun-tahun melalui pelbagai prosedur; Awak SonShine saya.

Untuk rekod, Wany dan suami, Mohd Al-Adib Fahmi mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022.

Pasangan berkenaan dikurniakan cahaya mata perempuan, Aishah pada 8 Julai 2023.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca