PEMERINTAH United Kingdom (UK), Raja Charles III telah didiagnosis dengan sejenis kanser, kata Istana Buckingham.

Bagaimanapun, jenis kanser belum didedahkan. Portal BBC melaporkan ia bukan kanser prostat namun semasa rawatan baru-baru ini organ itu didapati membesar.

Manakala AFP melaporkan baginda telah disahkan menghidap penyakit itu seminggu selepas discaj dari hospital susulan pembedahan prostat.

Baca juga: Kanser prostat pembunuh senyap lelaki

Baca juga: Berisiko dapat kanser payudara & prostat kalau tidur lampu terbuka. Ini impak buruk lain

Baca juga: 3 faktor utama kanser prostat, 45 tahun ke atas kena pergi periksa

 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan istana, baginda memulakan rawatan pada hari Isnin dan akan menangguhkan semua tugas awam semasa rawatan.

Raja Charles III, 75, tetap positif sepenuhnya tentang layanannya dan berharap untuk kembali ke tugas awam sepenuhnya secepat mungkin.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut dikongsi mengenai peringkat kanser yang dihidapi.

Menurut kenyataan itu, Raja Charles III berkongsi diagnosisnya untuk mengelakkan spekulasi dan dapat membantu pemahaman orang ramai tentang kanser.

Baca juga: Kelemahan sistem imun tubuh punca keradangan sistem pencernaan usus. Risiko kanser kolon juga lebih tinggi

Baca juga: Budak sekolah menengah pun sudah boleh menghidap kanser testis. Lelaki wajib tahu tanda-tanda awal penyakit ini

Baca juga: Lelaki tak subur 2 kali ganda berisiko hidap kanser payudara. Komplikasi dialami lebih teruk berbanding wanita

Charles memaklumkan kedua-dua anak lelakinya, Putera William dan Putera Harry secara peribadi mengetahui diagnosis itu.

Putera Harry yang tinggal di Amerika Syarikat difahamkan akan berangkat pulang ke UK dalam masa terdekat untuk melawat ayahanda.

Iklan

Raja itu kembali ke London dari Sandringham House di Norfolk pada pagi Isnin dan istana berkata baginda telah memulakan rawatan sebagai pesakit luar.

Walaupun baginda akan menghentikan sementara acara awamnya, Raja Charles III akan meneruskan peranan perlembagaannya sebagai ketua negara termasuk kertas kerja dan mesyuarat persendirian.

Baca juga: Kanser hati, barah yang boleh berulang. Kaum Adam dominasi carta, perokok paling berisiko

Baca juga: Awas, lelaki berusia 40 tahun ke atas, lakukan saringan elak derita kanser kolon

Difahamkan pertemuan mingguannya dengan Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak akan diteruskan dalam pertemuan secara peribadi, melainkan doktor menasihatkan bahawa beliau mengehadkan aktiviti sedemikian.

Iklan

Raja Charles III menaiki takhta pada 8 September 2022 berikutan kemangkatan bondanya Ratu Elizabeth II.

Sumber: BBC, NBC, AFP

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!