BAWA anak dan keluarga bercuti sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-39, pelakon Nur Fazura meluahkan kecewa apabila diherdik wanita ketika di dalam pesawat.

Berkongsi gambar percutian bersama keluarga termasuk anak kecil dan anak istimewa, isteri kepada aktor Fattah Amin itu bertanya perihal keadaan kanak-kanak yang gementar di dalam penerbangan.

“Nak tanya ibu bapa seluruh Malaysia. Pernah tak anda semua bawa anak-anak kecil naik kapal terbang dan mereka gementar dalam perjalanan di udara? Anak-anak kecil macam Fatima baru nak masuk dua tahun. Sepupu Fatima pula anak syurga, autistik,” katanya.

Baca juga: Fazura terharu terima potret kurniaan Sultan, Permaisuri Selangor. -“Amat bernilai buat patik sekeluarga”

Baca juga: Fazura menitiskan air mata 80,000 tudung habis dalam 2 jam, anggaran jualan RM2.16 juta

 

Ibu kepada Nur Fatima Aisya turut berkongsi kata-kata keras dan kasar yang dituturkan penumpang wanita terbabit. Lebih biadap, penumpang terbabit didakwa turut menudingkan jari ke arah ahli keluarga Fazura.

“Apa perasaan anda jika ada penumpang wanita lain mengherdik “if you guys can’t handle your kids, they shouldn’t be flying!!” sambil menunjukkan jari ke arah anak anda?” luah Fazura.

Baca juga: Fazura, ‘kembar’ akhirnya bertemu, warganet kata seiras macam adik beradik

Pelakon Gol & Gincu itu turut berharap golongan ibu bapa bersabar dalam menjaga anak-anak yang dikurniakan sebagai amanah.

Rakan selebriti dan warga siber meluahkan rasa tidak puas hati atas perlakuan wanita terbabit yang tidak boleh bertimbang rasa dengan penumpang yang membawa anak kecil dan anak istimewa.

-“Seorang wanita mengutuk seperti itu, semoga ALLAH membalas kata-katanya. Wanita tidak sepatutnya berkata begitu kepada wanita yang lain!”

-“Ya ALLAH sedihnya untuk yang berkata-kata sebegitu. Insan itu belum diuji dengan anak syurga. Semoga mereka yang ‘sempurna’ ini diberi kesedaran untuk lebih peka dan memahami keadaan. Nanti sudah kena pada diri sendiri baru tahu.”

-“Kita orang yang bertamadun dan beradab. Sepatutnya boleh sahaja suarakan ketidakpuasan hati dengan nada yang tenang dan berhemah. Tidak perlu mengherdik atau menjerit untuk tunjuk kuasa dan amarah. Sayang sekali apabila orang hilang adab.”

-“Pergi Langkawi bukan lama sangat pun penerbangannya. Jika anda tidak dapat bertoleransi dengan penumpang lain, sila beli jet peribadi.”

-“Tiada adab manusia begini. Sabar Kak Faz, orang seperti itu tidak pandai menghormati. Dia cuma nampak kita seolah-olah tidak tahu menjaga anak. Jika berlaku pada dia, ALLAH uji baru tahu. Ini masalahnya bila kita kurang kesedaran perihal anak istimewa ni. Sabar ya Mummy Daddy Sepupu Fatima.”

-“Hai Faz, saya pun ada anak istimewa dan baru balik dari Langkawi. Memang takut naik flight tetapi kasihan kalau tinggalkan dia, jadi bawa sahaja. Memang apabila rasa gegaran anak saya hendak menangis. Itu biasa. Sepatutnya orang lain kena faham juga, bukannya mengherdik.”

Baca juga: Fazura berbesar hati Permaisuri Selangor pakai tudung jenamanya RM27, warganet mula cari buat koleksi

Baca juga: Bimbang tangisan anak ganggu penumpang lain, ibu ini sediakan 200 sampul plastik tanda minta maaf

Sumber: Instagram missfazura

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.