SUKAR untuk dibezakan kerana didakwa terlalu seiras, pelakon Fazura akhirya bertemu wanita yang dikatakan sebagai ‘kembarnya’.

Baru-baru ini wanita dikenali @Elle Fara, yang dikatakan memiliki wajah dan suara mirip selebriti terkenal tanah air tular di laman sosial TikTok.

Pemilik nama Ellya Farahanny Ridzuan itu sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk bertemu Fazura.

Baca juga: Raut wajah lembut seiras, wanita teringin jumpa Fazura curi perhatian ramai

Baca juga: Fazura hargai peminat dengan cara tersendiri

Nampaknya impian wanita itu menjadi kenyataan apabila beliau dilihat berkongsi video yang memaparkan pertemuan dengan Fazura di laman sosial TikTok.

“Still cannot move on. Terima kasih Kak Faz, you’re so kind to me & such an angel!” titip Ellya Farahanny.

Video berdurasi 29 saat yang memaparkan Ellya Farahanny bertemu dengan selebriti itu di Konsert Faztival Fazura yang berlangsung baru-baru ini meraih 125 ribu tontonan dan lebih 12,000 tanda suka.

Baca juga: Tahniah! Fazura terima Anugerah Selebriti Paling Cemerlang

Baca juga: Fazura terharu diundang buat kejutan di majlis sambutan peribadi Tengku Permaisuri Selangor

Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Binti Sharifuddin, 39, turut teruja menerima kehadiran Ellya Farahanny.

Warga maya mengakui kedua-duanya ketara seiras dan memuji sikap Fazura yang merendah diri dan melayani dengan mesra. Ujar mereka:

-”Akhirnya dapat tengok kamu berdua bersatu, persis adik beradik.”

Iklan

-“Kembar terpisah baru jumpakah ini? Sweet Fazura sangat merendah diri.”

-“Wah, akhirnya jumpa kembar sendiri.”

-“Cute! Next time kalau jumpa pakai tudung sama, mesti bertambah seiras.”

-“Memang tidak sama tetapi pada mata saya mereka 90 peratus seiras, tampak seperti saudara-mara. Kalau dikata adik beradik pun saya percaya.”

Baca juga: Fazura berbesar hati Permaisuri Selangor pakai tudung jenamanya RM27, warganet mula cari buat koleksi

Iklan

Baca juga: Fazura menitiskan air mata 80,000 tudung habis dalam 2 jam, anggaran jualan RM2.16 juta

Sumber: TikTok @officialellefara

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.