PENGARAH muda berbakat, Syamsul Datuk Yusof baharu sahaja meraih kejayaan menerusi filem epik sejarah ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’. Terkenal dengan hasil kerja yang berkualiti, Syamsul memberi bayangan bakal mengarahkan filem berkaitan sejarah negeri Melaka.

Menerusi hantaran pada laman sosial Instagram, Syamsul berkongsi hasil pertemuannya dengan Yang di-Pertua Negeri Melaka,Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam baru-baru ini.

Baca juga: Air mata syukur, Syamsul Yusof terharu filem Mat Kilau raih RM90 juta, 33 hari tayangan

Perbincangan berkisar mengenai hala tuju filem yang bakal diarahkan selepas ini.

“Insya-ALLAH Melayu Islam Melaka akan dikenali di serata dunia melalui filem. Terima kasih Yang di-pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam. Barakallah,” coretnya.

Selain itu, beliau turut menceritakan beberapa watak dan elemen yang akan diketengahkan.

“Perpaduan antara sultan, bendahara dan pahlawan Melayu perlu lebih ditekankan dalam filem kamu selepas ini” – Yang di-pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam. #istanaMelaka

“Terima kasih juga buat Tuan Zaidi Haji Hassan dan Datuk Md Nasir. Tanpa kalian, impian negara dan bangsa mungkin sukar diperoleh,” titip Syamsul.

Baca juga: “Netflix hendak beli Mat Kilau 7 juta.” – Syamsul Yusof

Pertemuan tersebut turut dikongsikan oleh Istana Melaka menerusi laman sosial Facebook.

Rata-rata selebriti tanah air dan peminat mengucapkan tahniah dan teruja susulan perkongsian Syamsul.

-“ Insya-ALLAH segala dengan izin-NYA. Aamiin. “ -@ifarahahmad

-“Besar ni, empayar besar best. Teruskan bro.” -@fizzfairuzofficial

-“Wow congrats!!!” – @dianajohor

– “Best juga jika buat kesultanan Melaka. Main ikut laut, bawa crowd bot dan pedagang datang. Sejarah Melayu memang power. Sila filemkan bro untuk tontonan anak bangsa. Moga dapat dana mencukupi. Kami support penuhkan pawagam nanti. Go international Syamsul.”

– “Parameswara, Hang Tuah dan banyak lagi boleh diketengahkan. Mudah-mudahan, insya-ALLAH.”

Iklan

– “Buat filem pahlawan dan sejarah Melaka, dapat bantuan dan sokongan kerajaan negeri Melaka. Memang padu.”

– “Alhamdulillah, terbaik untuk agama dan bangsa! Teruskan berkarya.”

– “Sejarah kegemilangan empayar Melaka. Confirm gempak.”

Baca juga: Hormati jadual ‘shooting’ Mat Kilau, Yayan Ruhian hampir tidak muncul dalam John Wick 3

Iklan

Terdahulu, filem biografi epik, ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ arahan Syamsul mencetuskan fenomena luar biasa, berjaya meraih kutipan tiket berjumlah RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan di seluruh negara, Singapura dan Brunei.

Filem tersebut menjadi filem pecah panggung tertinggi bagi kategori tempatan dan antarabangsa selepas Munafik 2 dan Avengers: End Game.

Baca juga: Mat Kilau pecah rekod Munafik 2, kutip RM39 juta, top 5 filem Malaysia

Sumber: Instagram @syamsulyusoffilm, Facebook Istana Melaka

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.