Mengandung luar rahim, Shima Anuar hampir hilang nyawa

Mengandung luar rahim, Shima Anuar hampir hilang nyawa
Mengandung luar rahim, Shima Anuar hampir hilang nyawa
A
A
A

"SAYA tak tau kehamilan ektopik ini teruk sampai boleh hilang nyawa rupanya."

Begitu perkongsian pelakon, Shima Anuar yang memaklumkan dirinya menempuhi dugaan apabila berdepan kandungan ektopik atau luar rahim.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Kongsi Shima menerusi Instagram, dia melalui detik ngeri apabila tidak sedarkan diri selepas pembedahan.

"Ia sangat ngeri, memang sakit sangat-sangat. Sampai tak boleh bergerak tak boleh bercakap. Selepas pembedahan, saya dah tak sedarkan diri. Sebab itu kena masuk ICU dan buat pemindahan darah.

"Syukur alhamdulillah sekarang semua selamat. Cuma sakit jela. Kena potong dekat tempat pembedahan dulu.

"Tapi sakit sekarang lagi sakit daripada pembedahan. Boleh bayangkan tak? But it’s ok, anggap je ini ujian dan dugaan. Saya reda.

"Sekarang ni tak sabar nak balik rumah jumpa Sophia dan adik. Sekarang kita sambung panggil Imaan adik jela sebab baby adik dah tak ada," ujarnya.

Baca juga #SiBibirMerah Kematian Tangmo Nida disahkan kemalangan, timbul spekulasi dipaksa lakukan hubungan intim

Keluarga Shima Anuar

Sementara itu, Shima turut berkongsi keadaan dirinya yang dimaklumkan doktor.

"Kami hampir kehilangan awak. Awak telah kehilangan 2.5L darah. BP awak ialah 60/30 dan muka menjadi putih pucat," kata doktor.

Justeru itu, setiap wanita mengandung dinasihatkan bertemu pakar sakit puan sebaik saja disahkan hamil lima minggu awal bagi melihat kandungan berada di tempat yang sepatutnya.

Baca juga Shima Anuar bebas Covid-19, kongsi rutin kuatkan imunisasi badan

Pemeriksaan imbasan akan dilakukan untuk mengesahkan yang ia bukan kehamilan ektopik.

Ada kalanya ujian darah perlu dilakukan untuk memastikannya supaya tindakan selanjutnya boleh dilakukan sekiranya korang hamil ektopik.

Antara tanda dan simptom adalah;

1. Pendarahan melalui faraj (pelbagai kuantiti)

2. Peningkatan bacaan hCG

3. Rasa sakit pada bahagian bawah abdomen secara tiba-tiba

4. Rasa sakit sekitar bahagian pelvis

5. Pangkal rahim yang sensitif dan sakit

6. Rasa sakit pada bahagian kiri atau kanan bawah abdomen

7. Benjolan pada bahagian kiri atau kanan bawah abdomen

Sumber: Instagram Shima Anuar, Hellodoktor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca