PERSELISIHAN faham antara penyanyi Caprice dan pendakwah terkenal, Ebit Lew menjadi perhatian ramai dan tular di laman sosial.

Walaupun Caprice belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu itu, ramai yang tampil memberikan nasihat dan pandangan agar keadaan kembali jernih.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tidak ketinggalan mengulas mengenai perselisihan faham yang terjadi di antara dua selebriti berkenaan yang dianggap beliau sebagai sahabat.

Baca juga ‘Saya Minta Maaf…’ – Caprice Nafi Alami Tekanan Perasaan

Kedua-dua mereka sahabat saya dan pernah datang bertemu saya. Hal seperti ini (salah faham) seelok-eloknya berdamai,” ujarnya.

Dr Zulkifli juga menasihati kedua-duanya supaya dapat berlapang dada dan perselisihan antara mereka diselesaikan dengan baik.

Beliau berkata, walaupun ia membabitkan hal peribadi tetapi kedua-dua mereka perlu bersikap positif.

“Saya tiada komen sebab saya belum meneliti apa-apa, tapi itu hal peribadi, seeloknya berdamai,” katanya

Baca juga Sharnaaz Nasihat Caprice Pulang Ke Malaysia, Dapatkan Rawatan

Iklan

Penyanyi rap, Caprice sebelum ini viral apabila mendedahkan tegurannya kepada Ebit di laman sosial selepas menerima reaksi daripada penduduk Gaza berhubung cara pendakwah berkenaan menghulurkan bantuan.

Caprice yang turut serta dalam Misi Kemanusiaan Untuk Palestin dikatakan kecewa dengan pendakwah terkenal itu yang menggunakan gambar kanak-kanak di Gaza sebagai bahan kandungan di media sosial. Malah hantaran di laman sosialnya juga seolah memberikan sindiran kepada Ebit.

Berikutan itu, Ebit juga dikatakan menyekat akaun Instagram milik Caprice difahamkan berpunca daripada kontroversi berkenaan.

Iklan

Pendedahan dilakukan penyanyi itu menimbulkan rasa rasa tidak puast hati dalam kalangan warga mata terutamanya bagi penyokong Ebit.

Diharapkan perselisihan faham ini dapat dileraikan dan hubungan kedua-dua mereka kembali jernih.