SESEORANG individu tanpa pendidikan dan ilmu akan menyukarkan mereka untuk mengekalkan kerelevanan diri dalam sesuatu bidang diceburi.

Berikutan itu, personaliti dan hos, Farrah Adeeba berkata, menjadi pempengaruh berjaya dan terkenal sekarang bukan jaminan mereka boleh bertahan lama dalam industri tersebut.

“Media sekarang bergerak begitu pantas, siapa ‘in today will out tomorrow’ (berjaya hari ini tidak menjamin masa depan) jika mencipta konten yang tidak bermanfaat.

“Menjadi influencer itu bagus dan merupakan satu platform yang baik tapi kita tak tahu sampai bila boleh bertahan.

Baca juga:Usia 61 tahun Pak Nil dilantik Profesor Adjung UM, berkobar ingin berkongsi ilmu tak fikir soal bersara

“Influencer sentiasa bersilih ganti, ada fasa berbeza namun dengan adanya ilmu dan pendidikan akan membawa kita pergi jauh,” katanya kepada Sinar Plus.

Baru-baru ini, penyanyi muda, As’ad Ahmad Muhammad Motawh atau lebih dikenali sebagai As’ad Motawh menjadi perhatian warganet selepas membuat kenyataan bahawa pergi ke sekolah merupakan pembaziran masa.

Perkongsian tersebut menimbulkan perdebatan dalam kalangan masyarakat.

Perkara tersebut menjadi semakin panas apabila seorang pempengaruh mengeluarkan kenyataan kononnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak penting.

Baca juga:Gabung fesyen moden dan elemen Jawa bukti kecintaan Aisha Retno pada warisan sendiri

Bahkan beliau berkata, SPM tiada sebarang nilai, selain turut mengakui tidak mempunyai pemahaman dalam kitaran haid wanita

Mengulas kenyataan tersebut, Farrah berkata, pendidikan itu penting malah RASULULLAH SAW dahulu menerima wahyu yang pertama iaitu iqra’ yang maksudnya membaca.

“Jadi jika ada orang bercakap jangan membaca itu sangat kontra dengan wahyu ALLAH .

Iklan

“Di mana lagi kalau bukan sekolah untuk mula membaca jika di rumah kita sibuk melayan TikTok,” ujarnya.

Baca juga:Sambil bercuti boleh belajar ilmu sejarah, ini 6 lokasi penginapan rare dengan seni bina klasik di Malaysia

Sehubungan itu, beliau sebagai seorang ibu menasihati anak-anak muda untuk memasang impian berjaya dalam semua bidang terutama sains dan teknologi supaya dapat membawa negara ke peringkat lebih tinggi.

“Tetapi generasi sekarang nak menyanyi, menari sahaja. Tidak dinafikan, memang perlu ada penghibur, influencer.

Iklan

“Justeru, jadilah Influencer yang bijak, lestari, berpendidikan dan berilmu yang boleh pergi jauh walaupun ada pengganti baharu tapi kita tetap relevan kerana datang dengan konten kuat,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!