Pernah jual gitar untuk hidup, Amir Jahari muncul juara Anugerah Juara Lagu ke-38 buat ramai sebak, 10 info menarik mengenainya
LAGU dendangan penyanyi dan komposer Amir Jahari, Hasrat diumumkan sebagai juara di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang berlangsung malam tadi.
'Hasrat' juga adalah runut bunyi filem Imaginur lakonan Beto Kusyairy dan Diana Danielle membawa rezeki buat Amir yang juga pencipta dan penulis lirik lagu itu.
Ia menewaskan 11 lagu lain yang bertanding sekali gus berjaya membawa pulang hadiah utama sebanyak RM100,000 dan trofi.
Amir menerusi laman sosial Instagram berkongsi penggunaan mikrofon peribadi dan mengimbau penglibatannya dalam bidang muzik.
"14 tahun dalam music industri, buat lagu since 16 tahun, start main guitar since 13 tahun.
"2024, baru ada mic sendiri, yang kena dengan tone suara, Thank you @emeirulashraf , sound engineer aku dan band, yang suggest mic apa yang sesuai dengan suara aku.
"My 1st ever personal mic, Alhamdulillah," kongsi Amir.
Lebih istimewa lagi, penyampaian penyanyi itu diserikan dengan kehadiran pelakon Beto Kusyairi yang Diana Danielle Beto yang membuat kejutan sebagai cameo pada penghujung persembahan.
Baca juga: Pernah menyanyi di kelab, bermula dari bawah, kisah jatuh bangun Aina Abdul jadi inspirasi!
Baca juga: Tahniah! Jaclyn Victor dinobat juara, ungguli All Stars Gegar Vaganza, bawa pulang RM200,000
Warga maya menzahirkan sebak dan teruja menyaksikan kejayaan Amir. Ujar mereka:
- "Teringat masa PKP Amir terpaksa jual gitar dan alat muzik yang lain untuk teruskan hidup. I remember that time dan rasa mcm why seorang yang berseni underratedd. You have been waiting for 14 years for an award, appreciation and batu loncatan untuk naikkan nama. Amir you did the best for AJL38."
- "Tahniah Amir Jahari aku memang sudah mengagak akan menang, sumpah nak nangis."
- "Ya ALLAH sumpah saya mennangis, sejak 2013 follow your music. So proud of you Abang Amir."
- "Sebaknya, lebih 10 tahun. It's a long journey. Prod of you."
Berbakat besar dalam bidang seni suara, berikut 10 info menarik penyanyi ini:
1- Amir atau nama penuhnya Mohamad Amirullah bin Jahari dilahirkan pada 31 Mei 1992 di Kuching, Sarawak.
2-Kerjaya muzik beliau bermula apabila beliau diujibakat untuk musim kesembilan rancangan pencarian bakat baru dalam bidang nyanyian, Akademi Fantasia.
3-Salah seorang peserta Akademi Fantasia musim kesembilan pada 2011, Amir hanya bertahan selama tiga minggu sebelum digugurkan bersama Ayda Jebat.
4-Amir kemudian mengikat kontrak bersama Kasi Gegar Entertainmemt milik Aizat Amdan dan melancarkan album pertamanya, Penghibur Jalanan pada 2013.
5-Amir Jahari melancarkan album pertamanya, Penghibur Jalanan pada 29 April 2013, album ini memuatkan sebanyak 9 lagu, termasuk 2 lagu akustik.
6-Beliau menyertai kumpulan Go Gerila yang mana beliau ialah vokalis utamanya bersama Aizat Amdan dan seterusnya menubuhkan kumpulan muziknya sendiri, The Amir Jahari Project.
7-Pada 2016, beliau melancarkan single pertama bertajuk Ingga yang mengetengahkan bahasa Melayu Sarawak dan bunyian alat muzik tradisional Orang Ulu dikenali sebagai 'sape.'
8-Amir berkahwin dengan Kartini Sulaiman pada Oktober 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nur Izzah Amaani, Aqil Salim dan Asmaa Aisyaah.
9-Pada tahun 2020, beliau pernah memuat naik iklan penjualan gitar kesayangannya demi kelangsungan hidup. Biarpun harga ditawarkan RM 2,200, namun pembeli telah membayar gitar tersebut dengan harga yang lebih tinggi.
10-Pada tahun 2023, penyanyi dan komposer itu menarik perhatian ramai selepas tidak membenarkan mana-mana individu menggunakan lagu Hasrat dengan tujuan politik.
Terdahulu, kemenangan Amir sudah dijangkakan selebriti, Neelofa. Neelofa terdahulu menerusi hantaran laman sosial X berkongsi ramalannya.
'My #AJL38 predictions, potentially the winners are Hasrat (my bias because I liked and watched the movie) and Astana," kongsi Neelofa.TEMPAT KEDUA, KETIGA MILIK AISHA RETNO & AINA ABDUL
AJL38 malam tadi menyaksikan tempat kedua dimenangi lagu Sutera Itu nyanyian Aisha Retno yang membawa pulang hadiah RM50,000 dan trofi.
Selain itu, lagi berkenaan juga turut diumumkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik hasil undian penonton di Tonton dan membawa pulang RM12,000 dan trofi.
Manakala tempat ketiga ialah lagu Jangan Mati Rasa Itu nyanyian Aina Abdul sekali gus membawa pulang hadiah RM30,000 serta trofi.
Selain itu, Aina juga turut memenangi kategori Vokal Terbaik dan berjaya membawa pulang hadiah RM12,000 serta trofi dan juga kategori Pilihan Alha Alfa dan membawa pulang RM12,000 serta trofi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang