PENYANYI Jaclyn Victor dinobat sebagai juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) dalam pertandingan akhir yang berlangsung malam tadi.

Penghibur berusia 45 tahun itu membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000, trofi, pakej percutian ke Switzerland sumbangan Kaki Jalan, pakej penginapan di Royale Chulan Hotel London sumbangan Royale Chulan Hotels & Resorts dan saucer dekorasi ruangan sumbangan Ritz Reka.

Pemilik nama Jaclyn Joshua Thanaraj Victor itu turut menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan produk Adabi bernilai RM500.

Persembahan mantap  Jaclyn menerusi lagu When You Believe, Sandarkan Pada Kenangan (duet bersama Datuk Jamal Abdillah) dan Let’s Kill This Love bergandingan dengan Siti Nordiana, Liza Hanim serta Tomok) untuk di pusingan battle menawan hati para juri sekali gus menafikan kedudukan tujuh pesaingnya di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Tujuh lagi finalis lain iaitu Liza Hanim, Siti Nordiana, Nikki Palikat, Azharina, Tomok dan Naqiu menerima wang tunai RM10,000, pakej percutian dan trofi.
Selain itu, Naqiu turut menerima hadiah tambahan iaitu Anugerah Pilihan Bos Susu dan membawa pulang wang tunai RM10,000 serta Bintang Cuckoo Paling Gempak pada awal program.
Jaclyn atau mesra disapa Jac terdahulu muncul juara sebagai Gegar Vaganza musim kesembilan pada tahun lalu menewaskan Bob Yusof dan Shila Amzah di tempat kedua dan ketiga.
Terdahulu, SinarPlus berkongsi ibu kepada dua cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 7, dan Molly Marguerite Rivera, 5, itu bergelut dengan masalah laryngitis pada minggu kelapan ASGV hingga mengakibatkan beliau menghadapi kesukaran untuk bertutur.
Jac bertapak dalam industri seni suara sejak 2003. Kemenangannya dalam Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004 melonjakkan kariernya sebagai penyanyi.

Vokal lunaknya meletakkan beliau sebagai salah seorang penghibur terbaik Malaysia sebaris penyanyi terkemuka tanah air yang lain iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Misha Omar.

Hingga kini pelantun Di Bawah Pohon Asmara telah mengumpul 10 trofi Anugerah Industri Muzik, lima trofi Anugerah Juara Lagu, dua trofi Anugerah Bintang Popular dan dua trofi Anugerah Planet Muzik.

Iklan

Jaclyn juga telah memenangi satu trofi Anugerah Skrin, Festival Filem Malaysia, Anugerah Shout! dan Anugerah Era.

Iklan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!