Pertama kali beraya dengan suami di Kelantan diundang ke istana, laman sosial Nabila Razali jadi perhatian. ‘Mek Nab di Pasar Siti Khadijah’

LIMA bulan bergelar isteri, penyanyi Nabila Razali berkongsi momen pertama kali menyambut hari raya  bersama suami, Nik Iruwan Datuk Nik Izani di Kelantan.

Meraikan ketibaan Syawal bersama keluarga mentua, pelantun lagu Pematah Hati itu memuat naik beberapa kenangan manis ketika berada di negeri kelahiran suami.

Baca juga: ‘Nik matang &  melengkapi kekurangan saya.’ Anggap jodoh aturan Tuhan, Nabila Razali dedah Aquaria lokasi dating

Baca juga: Asyraf Khalid dedah pertemuan Nabila Razali & suami, jadi matchmaker di majlis hari jadi, rupanya 6 bulan bercinta sebelum nikah

Iklan
Iklan

Antara yang tular ialah kenangan dapat berbual mesra Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid saat keluarga mentua berkunjung ke Istana Kota Lama.

“Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid berkenan menerima kunjungan penyanyi popular Nabila Razali dan suami,” titip laman sosial Malaysian Royal Updates.

Tidak kurang juga turut dimuat naik video memaparkan pasangan romantis itu berpakaian sedondon biru dan putih.

Baca juga: Sweetnya Nabila Razali dilamar kekasih, berikut 5 info menarik Nik Iruwan

Baca juga: ‘Dah rosak teruk ni.” Gelagat lucu & sporting Nabila Razali ikut trend TikTok buat ramai terhibur

Dengan hashtag

#TeamRayaKelantan, Nabila tidak menyembunyikan rasa terujanya berada di ‘kampung’ suami dan mengunjungi pelbagai lokasi menarik yang popular di sana.

Baca juga: Penyanyi Nabila Razali sudah dimiliki. Ahli perniagaan berusia 38 tahun jadi pilihan hati

Baca juga: Comel persis ayahanda, bonda, Tengku Muhammad Johan Petra putera menyerikan rumah tangga Tengku Mahkota, Che Puan Mahkota Kelantan

Antaranya ialah Tok Bali, Pasir Puteh dan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Tidak ketinggalan, penyanyi lagu Peluang Kedua itu turut mencuba menu-menu tempatan yang terkenal seperti akok, maggi ketam, nasi dagang dan sebagainya.

 

Paling kelakar, rakan selebriti dan warga maya memberi komen mereka turut terhibur. Ujar mereka:

– “Kau YB ke sekarang?” – Amira Othman

– “MekNab tak nak balik KL ke?”

– “@nabila.razali awak macam YB eh sekarang”

– “Amboi Nabila bukan main sekarang ya, semenjak jadi Kelantanese.”

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali selamat bergelar isteri kepada Nik Iruwan, 38, pada November lalu di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.

Sejak berumah tangga, penyanyi semakin terbuka berkongsi, bertambah kelakar dan terserlah sikap ‘gila-gila.’

Meskipun dilabel ‘rosak’, kebanyakan video berjaya mencecah lebih sejuta tontonan dan membuatkan ramai terhibur dengan telatahnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Azma ML

Recent Posts

Tahniah! Leftenan Muda berbangsa Cina lulus latihan komando, terima beret hijau. 10 kehebatan pasukan Gerup Gerak Khas anda perlu tahu

BARU-baru ini kisah Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi…

1 hour ago

Syafie Naswip kongsi video memasak dengan mak mertua raih pujian. ‘Seronok dapat menantu suka & pandai masak.’

PELAKON Syafie Naswip mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video memasak bersama ibu mertuanya. Untuk…

5 hours ago

Azizulhasni terharu terima pingat Darjah Kebesaran Terengganu, penguat semangat berjuang di Sukan Olimpik Paris 2024

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terharu dikurniakan pingat Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota…

8 hours ago

Set western terpaling rahmah, semua sajian harga serendah RM10 jer, siap boleh refill air sampai puas

MANA nak dapat set sajian western dengan harga terpaling rahmah? Semua hidangan dengan porsi berbaloi…

9 hours ago

42 tahun bergelar ibu tunggal, wanita ini bertemu jodoh semula di usia 78 tahun. ‘Dulu pergi masjid seorang, kini berteman’

KALAU sudah jodoh, memang takkan ke mana. Demikian perumpamaan yang sesuai diungkapkan buat wanita bergelar…

10 hours ago