BERITA kelahiran putera sulung Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra menjadi perkhabaran yang menggembirakan rakyat jelata.

Diputerakan pada 17 Julai 2023 bersamaan 28 Zulhijjah 1444H, anakanda pertama baginda berdua dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Pada hari ketujuh kelahiran, nama yang indah telah diumumkan buat si kecil.

Baca juga: Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Johansson Petra selamat lahirkan anakanda pertama

Dr Tengku Muhammad Faiz melalui laman sosial rasmi berkongsi gambar bersama bayi sulungnya.

“Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

“Dengan limpah perkenan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan menamakan putera seperti berikut:

“Tengku Muhammad Johan Petra bin Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

“Semoga ALLAH SWT memberi keafiatan, taufik dan hidayah serta dipermudahkan segala urusan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan serta anakanda,” titip baginda.

Menerusi potret keluarga yang dimuat naik, Tengku Muhammad Johan Petra sangat comel dibedung dan memakai topi bayi.

Baca juga: Berserinya ibu hamil, Che Puan Sofie bakal bersalin Julai 2023

Menerusi laman sosial, Che Puan Sofie menzahirkan ucapan selamat datang buat putera yang dikasihi.

“Welcome to the world baby Johan,” kongsi baginda.

Warganet mengucapkan tahniah buat baginda berdua atas kurniaan putera sulung.

– “Congratulations Che Puan and Tengku Mahkota. Welcome a new Prince of Kelantan.”

– “Congratulations to both Your Royal Highnesses. Alhamdulillah syukur. P/s Prince Johan is already not camera shy.”

Iklan

– “Alhamdulillah, tahniah. Menjunjung kasih Tuanku berdua.”

– “Semoga diberi yang terbaik dunia dan akhirat lagi membesar menjadi pemimpin yang soleh, adil dan sentiasa menjaga amanah dalam tugasannya serta diberi kepanjangan umur dengan kesihatan terbaik.”

– “Masya-ALLAH handsome boy. May you grow up to make your parents happy and proud of you.”

– “Alhamdulillah. Tahniah Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota dan Yang Teramat Mulia Che Puan Sofie atas kelahiran putera sulung. Semoga menjadi anakanda yang soleh dan pemimpin yang bertakwa.”

Baca juga: Tahniah! Dr Halina selamat bersalin anak ketujuh, Dr Sheikh Muszaphar abadikan nama nabi

Iklan

Baca juga: Abdullah Abbas nama putera kedua Neelofa

Sumber: Instagram dr.tengkufaizpetra_official, ljo_

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang