BARU-baru ini, penyanyi Farahdhiya memuat naik satu hantaran di laman sosial, Instagram memaklumkan bahawa dirinya kini positif Covid-19.

Sebelum ini, anak kelahiran Itali ini baru sahaja kembali melakukan rutin harian seperti biasa selepas menjalani satu pembedahan di bahagian leher di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Namun, kini dia terpaksa berehat seketika gara-gara virus yang menyerang dirinya.

Menerusi kapsyen Farahdhiya atau nama sebenar Farahdhiya Mohd Amin menjelaskan bahawa sekian lama bertahan daripada dijangkiti virus ini akhirnya ‘tewas’ jua.

“Selepas dua tahun lebih, akhirnya tewas dengan Covid-19. Hari ni baru larat nak membuat hantaran.

“Saya baru sahaja mulai bekerja selepas menjalani pembedahan, namun kini berehat dirumah untuk menjalani tempoh kuarantin,” katanya.

Baca juga: Yakin kualiti single Tewas, Farahdhiya akui tidak perlukan gimik

Tambahnya lagi, dia terpaksa membatal dan tunda semua perkara yang telah dirancang kerana situasi diri yang tak mengizinkan.

“Saya benar-benar mohon maaf terhadap kesulitan yang terjadi kerana masalah ini. Saya akan kembali bekerja seperti biasa pada minggu hadapan, Insya-ALLAH.

Iklan

“Kepada rakan-rakan yang hantar ubat dan makanan, saya ingin mengucapkan terima kasih,” tulisnya menerusi perkongsian pada Rabu.

SinarPlus kemudiaannya menjengah ke ruangan komen dan mendapati rata-rata warga maya mendoakan agar penyanyi itu segera sembuh dan kuat melawan virus berkenaan.

Iklan

Baca juga: Farahdhiya rancak merencana aktiviti seni

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan