KELAHIRAN cahaya mata merupakan impian setiap pasangan yang telah berkahwin. Anak anugerah ALLAH yang tiada nilainya.

Kehadiran dalam sesebuah keluarga sangat dinanti-nanti dan semestinya memberikan kebahagiaan.

Seperti juga penyanyi, Nubhan Ahamad yang baru sahaja menimang cahaya mata ketiga pada Januari lalu.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Nubhan membuat satu kejutan sempena isterinya melahirkan cahaya mata mereka.

Bertuahnya si isteri kan? Suami merealisasi hasrat dan impian isteri tercinta.

Baca juga Suami mahu tambah anak, Fasha belum bersedia

Rezeki bayi ketiga, Nubhan hadiahkan klinik gigi buat isteri

Iklan

Nubhan turut meluahkan rasa syukur akhirnya impian isterinya untuk memiliki klinik sendiri tercapai dan dia gembira dapat menunaikan impian isterinya itu.

“Alhamdulillah… impian isteri saya @drfietawfek dah tercapai! Dia nak sangat klinik gigi sendiri, mungkin rezeki baby baru ni.

“Sebagai suami, saya akan sentiasa menjadi tulang belakang, depan, kiri dan kanan wife saya. Dan merealisasikan impian orang tersayang adalah satu kebahagiaan buat saya,” coretnya.

Baca juga Disebabkan niat untuk berkawan, Rasyidah pilih mendapat pendidikan di SJKC demi menguasai bahasa Mandarin

Menurut Nubhan Klinik Pergigian Lantara milik isterinya yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Seremban itu akan beroperasi tidak lama lagi.

Iklan

Terdahulu, isteri Nubhan merupakan seorang pegawai pergigian namun meninggalkan kerjaya tersebut sekitar tahun 2020 demi menguruskan rumah tangga dan perniagaan bersama suami.

Nubhan dan Afifah mendirikan rumah tangga pada 20 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata Aafiya Kamilia, 5, Ahmad Aafan,4 dan Afzan kini berusia 22 hari.