PELAKON Anzalna Nasir yang terjatuh di rumahnya terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Suaminya, Hanif Zaki berkongsi video memaparkan Anzalna ditolak menggunakan kerusi roda.

Susulan insiden berkenaan, pelakon Memori Cinta Suraya itu perlu menjalani pengimejan resonans magnetik (MRI).

“Always here for you, tolong doakan Anzalna Nasir,” titip Hanif.

Menerusi temu ramah bersama Mstar, finalis Dewi Remaja 2009/2010 itu memaklumkan kesakitan pada bahagian tengkuknya sakit.

Baca juga: Anzalna bantu bapa tunggal anak satu beli barang keperluan, orang ramai boleh tag keluarga kurang mampu di Instagram

“Saya tidak tahu berapa lama akan menerima rawatan di hospital. Buat masa sekarang saya hanya perlu berehat,” katanya.

Dalam keadaan sakit, Anzalna tetap memikirkan tentang dua cahaya matanya, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan memandangkan mereka tidak pernah berpisah sebelum ini.

“Saya rindu anak-anak. Setiap hari mereka ada bersama saya.

“Saya di tempat yang tidak saya mahukan. Saya menyesal kerana memaksa diri.

“Saya seorang ibu yang anxiety apabila berpisah dengan anak-anak. Saya mahu pulang bersama keluarga,” katanya.

Baca juga: “Kalau boleh saya nak bantu semua orang,” – Anzalna

Dalam perkembangan terbaru, ibu kepada itu berkongsi keputusan prosedur MRI.

Ujarnya, keputusan ujian imbasan tersebut tidak kurang baik. Pun begitu, Anzalna melihatnya dari sudut positif.

Pelakon berusia 35 tahun itu juga menghargai titipan doa daripada warga maya yang mahu beliau sembuh.

Baca juga: Lepaskan tawaran berlakon, Anzalna fokus pada keluarga

“Just to update, MRI scan results not so good.

“Mungkin ALLAH nak bagi Anzalna rehat sekejap.

Iklan

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Doa kalian is important for me, insya-ALLAH,” katanya.

Rakan selebriti dan Warga maya menzahirkan doa agar pelakon itu segera sembuh dan segala urusan rawatan dipermudah.

– “Semoga cepat sembuh.”- Mira Filzah

– “Syafakillah.Semoga ALLAH permudahkan segalanya buatmu.” -Datuk Seri Siti Nurhaliza

– “Syafakillah Anzalna. Semoga tiada yang serius, moga dipermudahkan.”-Dr AFL

– “Get well soon.” -Carmen Soo

Iklan

– “Moga ALLAH SWT berikan syifaa kesembuhan insya-ALLAH.”

– “Semoga ALLAH kurniakan kesembuhan buat Anzalna.”

Baca juga: Digelar beauty with the brain, adik pelakon popular, Anzalna kongsi tip kecemerlangan

Sumber: Instagram @anzalnanasir88, Mstar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!