'Saya mahu elak diri daripada bergosip, cakap perkara tak berfaedah.'-Hawa Rizwana
BANGUN seawal pukul 4 pagi setiap hari. Itu satu tugas yang bukan mudah.
Mengapa? Ini kerana untuk mencari semangat pada keheningan fajar memang suatu hal yang sukar dilakukan. Pun demikian, saya ketepikan itu semua demi pendengar radio dan penonton di kaca televisyen.
Lazimnya, saya memulakan hari dengan mendengar video motivasi pagi. Banyak petikan kata-kata yang menyuntik jiwa saya.
Antaranya berbunyi seperti: “Mulakan pagi anda dengan baik, maka perjalanan hari anda akan menjadi baik.“
Frasa itu seakan klise, namun untuk merealisasikannya bukan umpama memetik jari. Namun, pada saya, segala apa yang dilaksanakan mestilah bermula dengan niat atau nawaitu. Kalau baik, insya-ALLAH segenap perkara yang mahu dibuat akan dipermudahkan-NYA.
Formula itu sebenarnya saya turut implemenkan sebelum berjumpa sesiapa, tidak kira untuk bermesyuarat, mengendalikan sesuatu rancangan atau program siaran langsung, malah sebelum ke rumah rakan-rakan atau keluarga untuk acara makan.
Pun demikian, saya dan semua pembaca SinarPlus perlu terima hakikat bahawa bukan setiap hari kehidupan kita akan tenang dan bahagia. Ada sahaja cabaran yang adakalanya menduga kesabaran. Saya sendiri tidak dapat lari daripada ‘melatah‘ apabila yang direncana tidak menjadi dan diuji pada pertengahan jalan.
BACA JUGA Pak Nil imbau Geng Plastik Hitam. Kereta jadi 'port' lepaskan ketagih rokok dan makan...
BACA JUGA Beri lebih, tidak berkira soal kerja - rahsia Pak Nil kekal bertahan
Apabila berdepan dengan situsi seumpama itu, saya sentiasa teringat ayat dalam video sama yang berbunyi: “Bayangkan perkara teruk yang tak diingini akan berlaku. Usah bayangkan hal yang indah-indah saja.“
Seandainya kita sudah berpegang kepada ‘azimat‘ tersebut, saya dan kita semua sudah tahu bagaimana untuk bertindak atau memberi respons.
Namun demikian, saya tidak menolak bahawa sebahagian pembaca akan menyifatkan konotasi rangkaian kata tersebut berbaur negatif. Namun, bagi saya, ia berupaya membantu kita untuk lebih bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan.
Jika kesiagaan itu ada, pasti kita akan berfikir dengan waras dan tenang serta percaya bahawa ‘gangguan‘ yang berlaku pasti ada hikmah yang besar yang bakal menanti.
Selain itu, saya juga berpegang dengan prinsip buat sehabis baik terhadap segala yang telah dipertanggungjawabkan.
Bukan apa, saya tidak mahu wujud penyesalan pada kemudian hari. Saya juga mahu lebih berani dan tidak mahu berlengah dalam mengejar sesuatu yang diimpikan.
Menyentuh tentang bab ‘tidak mahu berlengah‘, bagi saya ia juga merupakan satu tantangan. Pun begitu, saya sentiasa mengatur objektif dan menyenaraikan apa yang perlu dilakukan pada hari-hari mendatang.
Ingat, kalau empat daripada enam perkara dapat dilangsaikan sudah cukup baik. Inti pati yang berbaki, kita uruskan kemudian dengan pendekatan lebih sistematik.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan
Ungkapan berharga
Dalam ruangan Pena Selebriti ini, saya juga ingin menyentuh tentang ungkapan terima kasih. Namun, saya ingin bertanya, seberapa kerap kita melafazkan dua perkataan berkenaan kepada orang sekeliling yang sentiasa membantu kita?
Mungkin selama ini kita tidak perasaan, lafaz ucapan tersebut sebenarnya boleh memberi impak kepada seseorang tanpa kita sedari. Maka, rajinkanlah diri kita mengungkapkan ujaran terima kasih.
Satu perkara lain yang signifikan adalah bagaimana mengajar minda kita untuk sentiasa kekal positif.
Apa yang saya pelajari, kita digalakkan berbual, berjumpa dengan rakan-rakan yang berjaya dan sentiasa berkongsikan kata-kata semangat. Serentak dengan itu, dengarkan audio dan saksikan video yang menyuntik inspirasi.
Mungkin selama ini kita tidak perasaan, lafaz ucapan tersebut sebenarnya boleh memberi impak kepada seseorang tanpa kita sedari. Maka, rajinkanlah diri kita mengungkapkan ujaran terima kasih.
Lepak dengan sahabat-handai? Ya, kedengaran seperti aktiviti yang membuang masa. Namun, pada saya, ia bergantung kepada apa yang dibualkan dan dilakukan ketika bersama mereka.
Eksklusif kepada SinarPlus, saya secara terbuka mengakui bahawa diri saya seorang yang introvert. Selepas habis berkerja, saya akan makan seorang diri, elak berjumpa dengan kawan atau sesiapa sahaja. Bukan sombong, tetapi disebabkan saya keletihan.
Saya senang mengambil langkah sedemikian kerana saya mahu mengelak diri ini daripada bergosip dan bercakap perkara yang tidak berfaedah.
Namun, seseorang pernah berkongsi dengan saya bahawa sesi lepak dengan insan yang dikenali boleh mendatangkan manfaat juga.
Caranya mudah. Apabila keluar bersama, tanya mereka tentang soal kerja, taktik menangani tekanan termasuk pendekatan terbaik mengurus timbunan kerja dan menyelesaikan isu berbangkit.
BACA JUGA Berbasikal outdoor lebih seronok berbanding bersenam di gim? Ini penjelasan Hawa Rizwana
BACA JUGA Terbuka terima kritikan, Hawa Rizwana pilih bersabar dan berfikiran positif
Satu lagi, berkenalan dengan individu dalam bidang yang berbeza juga boleh memberikan kita perspektif yang lebih luas. Mudah kata, mana yang baik, kita jadikan pedoman dan panduan.
Eksklusif kepada SinarPlus, saya secara terbuka mengakui bahawa diri saya seorang yang introvert. Selepas habis berkerja, saya akan makan seorang diri, elak berjumpa dengan kawan atau sesiapa sahaja. Bukan sombong, tetapi disebabkan saya keletihan.
Sesungguhnya, sebagai seorang yang masih baru dalam industri media, banyak yang ingin saya pelajari. Saya juga selalu menggalakkan diri untuk memperbaiki prestasi semasa.
Apa yang saya kongsi pada penulisan sulung saya hanyalah dengan niat untuk membantu pembaca di luar sana menjalani hari dengan tenang, sabar dan senantiasa bersemangat dalam mengejar cita-cita.
Doa saya untuk semua agar kita sentiasa diberikan kesihatan fizikal dan mental yang baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Amin.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang