BIARPUN ada yang masih gembira meraikan Syawal bersama insan tersayang, namun berlainan pula cerita penyanyi dan jurucakap produk, Tasha Manshahar.

Pemilik nama sebenar, Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar berusia 29 tahun itu diselubungi perasaan pilu apabila kedua ibu bapanya dijangkiti virus Covid-19.

Difahamkan, ibunya, Herina Wong Abdullah kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital dan terpaksa dikomakan.

Sementelah itu, keadaan bapanya, Mohd Manshahar Abdul Jalil dilaporkan beransur pulih dan menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Ayah nampaknya semakin baik, Alhamdullilah. Paru-paru mummy ada jangkitan dan paras oksigen dalam badan pun tak okey.

“Jadi doktor kena ‘tidurkan’ dan masukkan tiub untuk bantuan pernafasan sehingga keadaannya kembali stabil,” tulis ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi Instagram Story miliknya baru-baru ini.

Artikel berkaitanPositif Covid-19, Nora Danish Terpaksa Tangguh Ambil Vaksin

Bicara pelantun lagu, Terima Kasih Cinta tersebut beliau sama sekali tidak menyangka situasi ibu tercinta sampai pada tahap sedemikian.

Iklan
TASHA
TASHA mengharapkan orang ramai mendoakan agar ibunya yang terpaksa dikomakan segera sembuh daripada jangkitan Covid-19.

“Sebenarnya, tak jangka langsung jadi tahap macam ini. Dia nampak baik pada awal dimasukkan ke dalam wad.

“Apa-apa pun kami sekeluarga yakin yang menyembuhkan itu ALLAH. Sebab itu saya meminta doa daripada semua. Doakan senjata orang mukmin.

Artikel berkaitanTiz Zaqyah Pula Positif Covid-19, Alami Gejala Batuk Ringan, Mengigil

Iklan

“Mummy pun kuat semangat. Tapi, itulah dalam keadaan mencuba untuk kuat kadang-kadang lemah juga perlukan motivasi. Insya-ALLAH I believe she’s doing great ,” katanya lanjut.

Untuk rekod, Tasha mendirikan rumah tangga bersama Fahrur Raqib Abdul Majid pada 8 September 2018. Hasil perkahwinan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muammar Rafiqi.

tasha
BAHAGIA. Tasha (kanan) disamping suami tercinta dan anak lelaki kesayangannya.

Sumber: Instagram @tashamanshahar dan Twitter @aizatmanshahar