SUAMI pelakon Mira Filzah, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar terjun ke bidang politik selepas bertanding untuk jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO.

Anak sulung kepada bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Yazid itu meneruskan legasi keluarga selepas mengesahkan dirinya bertanding bagi jawatan Exco Pemuda UMNO dalam pemilihan parti bulan depan.

Baca juga: Pembantu terpaksa balik, Mira Filzah susah percaya orang, jaga anak sendiri 24 jam

Baca juga: Khatan anak usia sebulan, Mira Filzah kongsi pengalaman, banyak manfaat

Wan Emir Astar, 33, yang merupakan seorang arkitek yang memiliki firma seni bina dan perusahaan membuat keputusan itu bagi membawa pembaharuan dalam parti.

“Saya hantar borang untuk menawarkan diri sebagai Exco Pemuda UMNO. ALLAH jentik hati untuk cuba menawarkan perkhidmatan saya untuk parti UMNO ini. Saya mahu cuba bawa keyakinan semula kepada parti setelah apa yang berlaku pada PRU lepas. Selain itu, kudrat dan tenaga akan disumbangkan sepenuhnya kepada parti tersebut sekiranya diberi peluang menjawat jawatan itu.

“Mungkin saya nak cuba, macam mana saya boleh nak menawarkan khidmat kepada Pemuda UMNO. Lagi-lagi Undi 18 dan segalanya ini, mungkin ada pendekatan baru yang boleh digunakan untuk meraih undi pengundi pada masa akan datang.

“Tengoklah macam mana (mungkin) penjenamaan semula, apa yang kita boleh buat untuk UMNO,” jelasnya.

Baca juga: ‘Populariti bukan lagi keutamaan saya.’- Mira Filzah

Baca juga: Ummi Nazeera, Jamal Abdillah tarik diri daripada Muafakat Nasional

Terdahulu, ibunya Datuk Mastura Yazid telah mengambil alih tempat suami, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak.

Iklan

Datuk Mastura yang merupakan bekas peguam bela, peguam cara dan penterjemah berjaya mengekalkan kerusi kawasan Parlimen Kuala Kangsar disandang Allahyarham dengan majoriti 6,969 undi pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar (PRK) 18 Jun 2016. Beliau kekal sebagai ahli parlimen Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Wan Emir Astar berkahwin dengan Mira Filzah pada September 2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Wan Khair Amir pada 10 Mei 2022.

Iklan

Baca juga: Menangis rindu anak, Mira Filzah ke Indonesia 5 hari, pam dan simpan susu dalam ‘cooler box’

Kredit foto utama: Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi