PELAKON Ummi Nazeera tular menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional.

Ummi Nazeera atau nama penuhnya Ummi Nazeera Nur Hidayah binti Zainul Abidin viral di portal media tempatan menjadi salah seorang Ahli Dewan Tertinggi pertubuhan itu.

Suami Ummi Nazeera, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani tampil menjelaskan tentang isu terbabit dan menekankan NGO yang disertai isterinya tiada kaitan dengan parti politik.

Baca juga: Ummi Nazeera kongsi wajah dan nama anak kedua, inspirasi nama isteri Rasulullah SAW

“Saya mengambil maklum mengenai tularnya isu isteri saya menyertai Muafakat Nasional, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai salah seorang ahli.

“Pertubuhan Muafakat Nasional ini bukannya sebuah parti politik dan juga tidak merujuk kepada pakatan parti UMNO dan PAS yang dibentuk pada tahun 2019.

“Setelah saya amati, pertubuhan Muafakat Nasional ini bepegang kepada matlamat-matlamat yang mampu memberi kebaikan kepada masyarakat,” katanya.

Baca juga: Mudarat kulit, mata, pernafasan. Risiko tinggi guna spray gun cara salah – Dr Izzar

Jelas Dr Mohd Izzar, Ummi Nazeera akan mengambil pendekatan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

“Isteri saya sedar dan amat menekankan bahawa sebagai seorang pempengaruh, beliau perlu bersikap neutral serta tidak menggunakan platform beliau untuk menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti yang berunsurkan politik secara terang-terangan.

“Jika tidak, saya akan menjadi orang pertama yang akan menghalang beliau. Semoga sebarang kekeliruan dapat dielakkan. Selamat maju jaya kepada pertubuhan Muafakat Nasional,” kongsinya.

Iklan

Baca juga: ‘Kesianlah dekat frontliners, diaorang pun ada family…’

Menerusi tinjauan SinarPlus, Muafakat Nasional didaftarkan oleh pengasasnya, Datuk Shahrul Nizam Yunos pada 19 September 2019 manakala Datuk Seri Annuar Musa merupakan presiden.

Terkini, NGO berkenaan telah menerima pendaftaran lebih 20,000 orang dari seluruh negara.

Iklan

Baca juga: Jaga adab ziarah, elak membandingkan anak masing-masing

Sumber: Instagram izzar dan umminazeera, Facebook Muafakat Nasional

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.