UNGKAP maaf, pelukan dan ciuman perdamaian Rizky Billar untuk Lesti Kejora jadi sorotan media.

Kompas melaporkan Lesti dan Billar turut menunjukkan kemesraan mereka ketika mengunjungi Balai Polis Metro Jakarta Selatan.

Dalam kenyataannya, Rizky memohon maaf kepada Lesti dan berterima kasih kerana menerimanya semula sebagai suami.

Dalam sebak, Rizky memohon maaf kepada Lesti dan berterima kasih kerana menerimanya semula sebagai suami.

Baca juga:  Romantis di media sosial, rupanya penyanyi wanita mangsa dera, dakwa suami curang cekik, hempas ke lantai

Baca juga: Lesti Kejora sudah keluar hospital tetapi masih trauma, Rizky Billar dihentikan sebagai hos

Kredit foto: Kompas

 

“Daripada lubuk hati saya, saya memohon maaf yang tidak terhingga.

“Terima kasih kepada isteri kerana masih menerima kembali, memberi saya peluang untuk belajar, memperbaiki diri untuk menjadi ketua rumah tangga yang lebih baik,” kata Rizky.

Sementara itu, Lesti mahu menjadikan masalah rumah tangga yang berlaku dalam keluarganya sebagai pengajaran.

“Ini pengajaran untuk kami berdua untuk masa hadapan. Maaf kepada masyarakat atas musibah yang menimpa saya sekeluarga. Mohon doakan semoga pada masa hadapan saya menjadi insan yang lebih baik,” ungkap Lesti.

Baca juga: Lesti Kejora dakwa bola snuker hampir ‘hinggap’ di kepala, rupanya biasa dikasari Rizky Billar

Baca juga: Tepis dan terjatuh, bukan hempas, peguam kongsi kronologi versi Rizky Billar, berbeza dengan laporan Lesti Kejora

Penyanyi itu menegaskan, keputusan damai mereka telah mendapat persetujuan keluarga besar.

“Apa pun, ini adalah perjanjian keluarga, dan keluarga besar kami yang memutuskannya” kata Lesti.

Dalam pada itu, Lesti yakin Billar akan menjadi suami dan bapa yang lebih baik di masa hadapan.

“Salah satunya ialah saya percaya dia akan menjadi bapa yang lebih baik, mempunyai anak, insya-ALLAH menjadi bapa yang baik,” kata Lesti.

Baca juga: Keluarga sedih, enggan anak terus disakiti. Bekas pekerja dedah bapa mahu Lesti Kejora berpisah

Baca juga: Masuk pertandingan menyanyi untuk biaya kos pembedahan bapa, ini kisah Lesti Kejora sebelum popular

Kredit foto: Kompas

Dalam pertemuan itu, uat pertama kali Rizky Billar memeluk dan mencium Lesti Kejora secara terbuka.

Lesti mencium tangan Rizky dan begitu juga sebaliknya. Detik itu turut disaksikan oleh Setiausaha Agung Majlis Ugama Islam Indonesia, polis, dan wakil undang-undang kedua-dua pihak.

Ketua Siasatan Jenayah Polis Jakarta Selatan, Kompol Irwandhy, mendedahkan mekanisme keadilan pemulihan telah diterima pakai dalam kes keganasan rumah tangga pasangan itu.

“Jadi siasatan untuk kes itu dihentikan. Untuk kes Puan Lesti, kami sebagai penyiasat, telah selesai menjalankan beberapa siri proses mekanisme restorative justice (pendamaian pemulihan) yang kami siasat yang dilaporkan oleh Lesti,” katanya.

Baca juga: Ganasnya! Rakaman CCTV tersebar, Rizky Billar baling bola snuker ke arah Lesti Kejora yang sarat hamil?

Iklan

Baca juga: Rizky Billar disahkan suspek kes keganasan rumah tangga, Lesti Kejora serah kepada undang-undang

Justeru, status suspek yang sebelum ini diberikan kepada Rizky telah dimansuhkan.

Lesti dan Rizky pasangan selebriti Indonesia yang menjadi perhatian susulan dakwaan kecurangan dan keganasan rumah tangga hingga menjadi kes melibatkan polis.

Rizky didakwa bertindak di luar kawalan dengan menghempas dan mencekik leher Lesti berulang kali selepas penyanyi itu dipercayai menghidu kecurangan Rizky dan meminta dihantar pulang ke rumah ibu bapa.

Lesti dan Rizky melangsungkan pernikahan pada 19 Ogos 2021 di Hotel Intercontinental Pondok Indah, Jakarta Selatan. Billar memberikan mas kahwin 1 bilion rupiah (AS$72,300) kepada Lesti.

Iklan

Kemudian baru diketahui Rizky dan Lesti telah bernikah secara siri pada April 2021. Daripada perkahwinan itu, Rizky mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar pada 26 Disember 2021.

Baca juga: Lesti Kejora berdamai dengan Rizky Billar, maafkan kecurangan suami dan tarik laporan polis

Baca juga: Isteri berdepan suami curang, jangan semberono! Ini langkah sepatutnya dilakukan

Sumber: Kompas

Kredit foto utama: Kompas, Instagram Lesti Kejora dan Rizky Billar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, InstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.