[VIDEO] Faizal Tahir syukur dikurniakan ‘anak syurga’, kongsi tentang Maryam Tahirah disahkan Sindrom Down

A
A
A

PENYANYI Faizal Tahir menzahirkan kesyukuran atas kelahiran anak ketujuh pada 14 Disember lalu.

Menerusi hantaran di Instagram, penyanyi lagu ‘Sampai Syurga’ itu berkongsi bayi perempuannya yang dinamakan Maryam Tahirah  berhadapan beberapa masalah kesihatan sejak dari dalam kandungan.

Terdahulu kata Faizal, doktor memaklumkan bahawa Maryam mempunyai masalah jantung sehingga terpaksa dibedah selepas dilahirkan.

“Maryam ini anak kami yang ALLAH berikan keistimewaan.

“Alhamdulillah, yang sangat-sangat special kepada saya.

"Di mana Maryam ini sewaktu dia dalam kandungan, doktor dapat kesan ada beberapa masalah dan komplikasi. Mula-mula itu jantung, kemudiannya disahkan sebagai Tetralogy of fallot (TOF).

"Campuran darah dan oksigen tak cantik, tak bagus apa semua. Jadi, itu masalah pertama yang doktor dapat kesan. Masa tu sudah dapat tahu memang nak kena operate jantung dia selepas lahir," katanya.

Tambah Faizal, dia sudah bersiap sedia daripada segi mental, fizikal dan kewangan. Penyanyi berusia 43 tahun itu turut memberitahu doktor juga mengesan masalah lain dalam perut bayinya yang turut dikaitkan dengan masalah jantung.

“Saya menerimanya dengan baik, Alhamdullilah. Reda, itu yang ALLAH bagi.

“Sebelum dilahirkan, doktor mengesahkan anak perempuannya itu mengidap penyakit Sindrom Down atau disebabkan mempunyai dua komplikasi tersebut.

"Kami pun dah kena prepare untuk itu, mental, fizikal dan kewangan. Beberapa bulan selepas itu, buat pemeriksaan lagi, doktor periksa lagi, dapat tahu ada masalah lain dalam perut.

"Ada double bubble (Duodenal atresia) di dalam perutnya yang membuatkan dia masalah nanti nak makan semua.

“Bila doktor mengesan keadaan ini dan dikatakan berkait pula dengan masalah komplikasi jantung tadi, doktor nak beritahu agak berat.

"Dia kata saya perlu periksa, periksa betul-betul untuk isteri saya sebab kemungkinan besar apabila ada dua komplikasi ini ada Sindrom Down.

"Sebulan sebelum isteri due bersalin, dapat tahu ia sah memang Sindrom Down," tuturnya.

Bagaimanapun, Faizal atau nama penuhnya Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir reda dan tenang.

"Saya menerimanya dengan baik, Alhamdullilah. Reda, itu yang ALLAH bagi. Saya tak ada rasa macam down ke. Tiada rasa macam frust ke apa.

"Kehadiran anak saya ini untuk jadikan saya manusia lebih baik dan bersyukur.

“Saya boleh improve diri saya sebagai seorang hamba Allah,"katanya.

Faizal mendirikan rumah tangga dengan Siti Raihannim Noran pada 2001. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata lelaki dan empat cahaya mata perempuan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir)

Baca juga: Bapa Ashraf Muslim, Faizal Tahir Meninggal Dunia

Baca juga: Artis Ternama Negara China Rakam Lagu Ciptaan Faizal Tahir

Baca juga: Terlalu penat, Faizal Tahir mahu berehat panjang

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca