PASTI satu dunia masih mengingati insiden mengejutkan, pelakon terkenal Hollywood, Will Smith menempeleng pelawak, Chris Rock, di atas pentas satu anugerah berprestij pada penghujung Mac lalu.

Ekoran kejadian itu, Smith kini berdepan dengan larangan menghadiri sebarang majlis anugerah Oscar selama 10 tahun akan datang.

Jangan lupa follow kami di Instagram.

Selain itu, berikut fakta berkaitan hukuman yang diberikan kepadanya;

1. Smith juga dilarang menghadiri sebarang acara lain yang dianjurkan oleh Akademi Seni dan Sains Filem sepanjang sedekad akan datang.

2. Bagaimanapun, anggota lembaga Akademi tidak memutuskan untuk menarik balik anugerah pelakon terbaik yang dimenangi oleh Smith pada bulan lalu menerusi filem “King Richard,” atau melarangnya daripada mendapat sebarang pencalonan atau kemenangan Oscar di masa hadapan.

3. Presiden Akademi, David Rubin dan Ketua Eksekutif (CEO), Dawn Hudson dalam satu kenyataan mengatakan, ahli lembaga memutuskan selama tempoh 10 tahun dari 8 April 2022, Smith dilarang menghadiri sebarang acara atau program Akademi, secara bersemuka atau secara maya.

Baca juga Will Smith tampar pengacara Oscar seloroh isteri botak, berikut fakta alopecia areata dihidapi Jada

Will Smith dilarang 10 tahun sertai Oscar, ini tindakan tegas terhadapnya

4. Larangan itu bermakna Smith tidak akan menyampaikan salah satu anugerah utama di majlis anugerah Oscar tahun depan – tradisi untuk pemenang pelakon terbaik.

Sementara itu, dalam satu kenyataan balas, Smith berkata beliau menerima dan menghormati keputusan yang dibuat pihak Akademi.

Minggu lalu, Smith meletak jawatan daripada Akademi dan berkata sedia menerima sebarang hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.

Iklan

Sebelum ini pelakon berkenaan telah mengeluarkan beberapa kenyataan memohon maaf pada Rock, penerbit Oscar, calon anugerah serta penonton acara tersebut.

Baca juga Imej terbaru Jada Smith berkain batik sarong curi perhatian

Iklan

Smith mengejutkan penonton di Dolby Theatre, Los Angeles dan seluruh dunia yang menyaksikan acara berprestij, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-94 yang disiarkan secara siaran langsung.

Ia berlaku ketika Rock menjadi penyampai kategori Dokumentari Terbaik, membuat lawak kurang disenangi mengenai penampilan isteri Smith, Jada Pinkett Smith yang berimej botak dengan menyamakannya seperti watak GI Jane lakonan Demi Moore.- Agensi

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI