Tak cukup makan daging korban? Ini 5 lokasi daging salai viral memang puas hati nikmati satu famili

A
A
A

APABILA tibanya Hari Raya Aidiladha, memang rezekilah dapat daging korban fresh. Lagi bertuah kalau dalam satu taman perumahan, banyak ekor lembu dan kambing dikorbankan.

Seronoknya bila dapat rewang sama-sama melapah dan mengagihkan daging kepada orang kampung dan golongan asnaf memerlukan.

Walaupun penat, tapi puas hati bila dapat membantu. Pada masa sama, dapat mengeratkan hubungan ukhuwah antara jiran.

No Image Caption

Kalau orang rumah angkat kuali, tetapi anda teringin nak makan daging salai, jangan bimbang kerana banyak pilihan yang boleh kalian pertimbangkan.

Bagi canlah isteri tersayang rehat sehari, kan? Jom SinarPlus kongsikan lima premis viral berikut yang menawarkan masakan daging salai superb:

No Image Caption

Salai Power

Artikel Berkaitan:

  • Alamat: Lot 3122, Jalan Kebun tambahan Batu 8, Shah Alam, Selangor
  • Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
  • Facebook: Salai POWER Restaurant
  • Instagram: @salaipower_

No Image Caption

Warung SALAI Port Dickson

  • Alamat: Warung Salai Medan Remis Batu 5 dan Warung Salai Port Dickson, Taman Mewah Batu 1, Port Dickson. Warung Salai Seremban, Jalan Rasah Utama, Seremban, Negeri Sembilan.
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 6.30 petang
  • Facebook: Warung SALAI Port Dickson

No Image Caption

Pangkin Asap

  • Alamat: Kampung Telok, Bukit Katil, Melaka.
  • Waktu operasi: 10 pagi hingga 6.30 petang
  • Facebook: Restoran Pangkin Asap
  • Instagram: @restoranpangkinasap

No Image Caption

Uwan Salai

  • Alamat: Lot 7, Jalan Nakhoda Yusof, Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 7 malam
  • Facebook: Uwan Salai x The Mushroom Sate Cendawan
  • Instagram: @uwansalai_x_themushroom

No Image Caption

Daging Salai Berasap Selera Sofea

  • Alamat: No 93, Kemajuan Tanah Felda Pasir Raja, Kulai, Johor
  • Waktu operasi: 7 pagi hingga 3 petang
  • Facebook: SALAI BERASAP-Selera Sofea Johor

Pergh! Memang terangkat kalau kuah masak cili padi, tahap pedas tak boleh bawa bincang.

No Image Caption

Apapun, level kepedasan bergantung kepada selera masing-masing.

Mungkin kalian ada port lebih kurang sama yang menyajikan daging salai power, bolehlah share dalam ruangan komen kami nanti.

Okey! Selamat menjamu selera

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang