Duduk rumah anak asyik mengadu lapar, ibu ini kongsi resipi creamy crab croquette

No Image Caption
A
A
A

Bila anak duduk kat rumah waktu cuti ni lah mak-mak rajin masuk dapur. Mana tidaknya, sikit-sikit tanya makanan. Padahal baru lepas makan nasi tau! Demi anak kesayangan, mak pun layankan sahaja permintaan anak sediakan kudapan untuk mereka.

Bila dah selalu masuk dapur ni, mak-mak mula la buntu apa lagi menu yang boleh dimasak untuk anak. Nak masak pun kena ikut selera anak, kan!

Kalau kat rumah ada stok isi ketam, apa kata mak-mak cuba buat creamy crab croquette ini untuk anak-anak hasil perkongsian rakan kita, Khyra Amanda. Mudah je nak buat! Alang-alang anak ada sekali tu, ajak buat sama-sama. Barulah ada sikit aktiviti dengan anak kan, tak ada lah mereka tahu makan sahaja! Jom tengok resipi lengkap di bawah.

Resipi Creamy Crab Croquette

Bahan-bahan:

Isi ketam - BELI SINI

Bawang merah - BELI SINI

Daun bawang

Mentega - BELI SINI

Tepung gandum - BELI SINI

Susu full cream - BELI SINI

Telur

Serbuk roti - BELI SINI

No Image Caption

Cara-cara:

1. Rebus isi ketam sekejap sahaja, kemudian masukkan ke dalam mangkuk bersama bawang merah yang dipotong dadu dan hirisan daun bawang. Ketepikan seketika.

No Image Caption

2. Dalam kuali, cairkan separuh mentega.

3. Masukkan tepung gandum dalam 3 hingga 4 sudu. Kacau sehingga pekat.

No Image Caption

4. Masukkan pula sedikit susu full cream. Kacau sehingga pekat.

5. Masukkan isi ketam tadi dan gaul rata. Tutup api.

6. Bulatkan adunan isi ketam tadi. Kemudian celupkan dalam telur dan serbuk roti. Ulang sekali lagi celupan supaya bebola lebih padat dan tidak pecah.

No Image Caption

8. Sejukkan dalam peti sejuk bahagian atas dalam 1 hingga 2 jam.

9. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Kemudian baru gorengkan bebola tadi sehingga garing dan berwarna keemasan. Angkat dan hidangkan.

No Image Caption

Kalau anak-anak suka, mak boleh buat banyak-banyak untuk simpan beku. Bila mereka rasa nak makan, keluarkan dan goreng sahaja!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang