Ikan bilis tambah rasa sedap sambal penyet. Ikut resipi ini, boleh buat banyak simpan stok dalam peti sejuk!

No Image Caption
A
A
A

MENU dari seberang Indonesia, nasi ayam penyet sering menjadi pilihan kerana hidangannya yang lengkap sesuai mengikut diet pemakanan yang seimbang dalam satu pinggan.

Namun, yang menjadi pujaan orang ramai semestinya sambal penyet sebagai pembuka selera. Rasanya yang lengkap dengan pedas, masam, masin dan manis itu sememangnya membuat orang teringat-ingat!

Namun, bila makan di kedai, sambal yang diberikan sedikit sahaja, tidak bersesuaian dengan saiz hidangan. Jadi, terpaksalah mereka yang kaki makan pedas itu bayar lebih untuk menambah kuantiti sambal tersebut.

Jangan risau! Pencinta sambal penyet sekalian, lepas ni anda dah tak perlu lagi beli sambal penyet extra dah. Buat sahaja sendiri di rumah menggunakan resipi yang dikongsikan oleh rakan kita di laman Facebook, Afy Al Habibi.

Selain dimakan dengan ayam penyet, nasi putih telur mata pun boleh digandingkan dengan sambal ni, tau. Malah, anda juga boleh buat nasi goreng guna sambal tersebut!

Anda hanya perlu buat stok banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama. Jom tengok resipi di bawah!

Resipi sambal ayam penyet

Bahan-bahan:-

Artikel Berkaitan:

9 tangkai cili besar merah

11 tangkai cili padi Thai merah

7 tangkai cili padi Thai hijau (Kalau tak nak rasa pedas, kurangkan kuantiti cili)

1/2 sudu besar udang kering

Secubit belacan

2 biji tomato saiz kecil

2 biji bawang merah saiz syiling 20 sen

3 ulas bawang putih

1/4 bawang holland saiz kecil

Segenggam ikan bilis

1 sudu besar gula

1/2 sudu kecil garam

1/3 sudu kecil perasa

Cara-caranya:-

1. Potong semua bahan seperti yang ditunjukkan. Penting untuk hiris cili dapat mengelakkan ia meletup semasa digoreng.

No Image Caption

2. Panaskan anggaran semangkuk minyak. Goreng ikan bilis sehingga garing.

3. Kemudian goreng terlebih dahulu bawang biar naik bau dan kekuningan sedikit. Barulah masukkan semua bahan sambal yang lain.

4. Goreng sehingga semua layu. Kemudian angkat dan sejukkan seketika.

No Image Caption

5. Masukkan bahan goreng dalam pengisar. Bahagi dua ikan bilis. Campurkan dengan sedikit minyak gorengan tadi untuk mengisar. Kisar sehingga sedikit lumat.

No Image Caption

6. Panaskan semula minyak tadi, masukkan bahan kisar dalam kuali. Bahan yang melekat dalam pengisar, tambah dengan sedikit air kira-kira 1/4 cawan. Jangan banyak ya. Masak sambal guna api perlahan sahaja.

7. Perasakan sambal dengan gula, garam dan perasa mengikut kuantiti di atas atau ikut citarasa sendiri.

No Image Caption

8. Selepas sambal mula pecah minyak, kira-kira 12 hingga 15 minit, tabur baki ikan bilis goreng tadi.

9. Tutup api selepas dua tiga minit. Siap sambal ayam penyet yang tersedap!

10. Sejukkan, nanti bolehlah dimasukkan ke dalam botol. Simpan dalam peti.

No Image Caption

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang