Rupanya lobak putih boleh pulihkan batuk! Maryam kongsikan resipi pickled radish. Mudah & selamat untuk anak-anak
KALAU waktu siang sekarang ni, terutamanya waktu tengahari sememangnya akan terdedah dengan waktu panas yang melampau.
Bila dah cuaca sebegitu, benda paling laju nak dicapai semestinya air manis dan sejuk! Betul, tak? Bila kerap sangat minum air sejuk, mula la datang batuk tak berhenti-henti.
Sesiapa yang dah berhari-hari batuk, makan ubat pun masih belum lega, apa kata cuba buat pickled radish atau bahasa koreanya chicken-mu seperti yang dikongsikan oleh pempengaruh Maryam DurianKimchi.
"Radish sangat bagus untuk penghadaman dan batuk. Rina pun baru pulih daripada pneumonia. Saya harap dia mahu makan makanan ini dan pulihkan saluran pernafasannya.
"Jika anda kerap batuk, anda patut cuba resipi ini," tulisnya di ruangan kapsyen.
Resipi Pickled Radish
Bahan-bahannya:
Lobak putih
100ml gula
100ml cuka
2 sudu teh garam
400ml air
Cara-caranya:-
1. Potong lobak putih kepada kiub untuk mudah dimakan. Masukkan ke dalam bekas bertutup dan ketepikan.
2. Dalam periuk, masukkan air, cuka, gula, dan garam. Didihkan dengan api perlahan sambil kacau sehingga gula larut.
3. Setelah gula larut, tutup api dan tuangkan terus ke atas dalam bekas berisi lobak putih.
4. Biarkan matang pada suhu bilik selama sehari dan makan keesokan harinya.
Dalam pada itu, memetik penulisan di portal Hello doktor, antara tip yang anda boleh guna jika batuk berterusan adalah:-
1. Mengunyah lozeng atau gula-gula yang dingin
Individu boleh mencari lozeng ubat gatal tekak di farmasi atau gula-gula yang dingin. Ia sedikit sebanyak boleh membantu melegakan gatal tekak dan batuk.
2. Minum air suam
Pernah terdengar atau terbaca jika anda batuk teruk, kena minum air suam? Sebenarnya, petua ini bukan sahaja merupakan kepercayaan orang dahulu malah mungkin benar dari segi fakta.
3. Makan aiskrim
Selain minum air suam, anda turut amat disyorkan makan aiskrim lebih-lebih lagi perisa vanila kerana ia dikatakan boleh membantu melegakan masalah yang serupa seperti di atas. Jika tidak gemar dengan aiskrim, ada pelbagai lagi jenis snek sejuk yang anda boleh makan seperti puding, koktel dan lain-lain jenis bagi mendapatkan kelegaan walau cuma untuk sementara.
4. Menggunakan air humidifier di rumah
Kadangkala, individu mungkin bakal mengalami masalah pada tekak gara-gara pencemaran udara di sekeliling yang amat sarat dengan habuk, debu, bulu haiwan serta banyak lagi bendasing lain. Maka, penggunaan air humidifier bukan sahaja boleh mengamankan malah menyamankan udara!
5. Jangan banyak bercakap atau berteriak
Bukan kami kata anda perlu membisu sahaja sepanjang ketidakselesaan pada tekak terjadi. Akan tetapi, sila hindar daripada terlalu banyak bercakap atau berteriak ekoran ia cuma bakal mengakibatkan masalah tekak dan batuk kalian bertambah parah.
6. Masa untuk buang tabiat buruk!
Petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat yang terakhir adalah dengan elakkan daripada terus melakukan tabiat-tabiat buruk anda seperti menghisap rokok atau meminum alkohol.
Harap salah satu tip ini bantu anda untuk melegakan batuk dengan cepat. Semoga cepat sembuh!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang