Menghirup kopi panas di balkoni sambil menikmati pemandangan Laut China Selatan di QOS Homestay

No Image Caption
A
A
A

Angin bayu meniup wajah sambil menghirup kopi panas di beranda sememangnya memberi ketenangan jiwa tatkala bercuti, lari daripada hiruk pikuk bandar.

Lebih menyeronokkan apabila berjalan kaki sahaja sudah boleh bermandi-manda di pantai bersama anak-anak.

Sesekali memberikan kegembiraan kepada keluarga bukanlah sukar untuk dilakukan. Kali ini berjalan jauh sedikit dari Semenanjung Malaysia.

Apabila ada kesempatan, lupakan seketika kesibukan bekerja dengan meluangkanlah masa datang bercuti ke QOS Homestay yang terletak di Melinsung Summer Bay Apartment, Papar, Sabah.

Inap desa yang baru sahaja beroperasi lima bulan lalu adalah milik penyanyi terkenal, Azharina Azhar bersama rakan baiknya, Diana. Ia menjanjikan penginapan serba lengkap untuk anda sekeluarga.

“Saya merupakan peminat pengurusan hartanah. Jadi, saya suka membeli rumah dan tanah sebagai pelaburan untuk masa depan.

No Image Caption

"Rumah pertama yang saya beli ialah di Puchong pada tahun 2005. Kemudian, saya mula membeli hartanah lain dan inap desa ini antara pelaburan saya yang terbaharu," ujarnya.

Ditanya kenapa memilih lokasi berkenaan untuk bisnes pelancongan, ini jawapan tuan punya badan.

“Antara banyak tempat di Sabah, mengapa saya memilih apartmen ini? Sudah pasti kerana ia terletak di tepi pantai, berdekatan pelabuhan kapal layar, ada kelab rekreasi khas dan berdekatan dengan tempat-tempat menarik,” ungkap Azharina memulakan bicara.

Pakej percutian

Anda pasti lebih teruja apabila mengetahui bajet yang perlu dikeluarkan juga tidak terlalu besar apabila membawa keluarga bersama.

“Orang ramai sangat berpuas hati dengan fasiliti yang kami sediakan. Niat kami membuka inap desa ini adalah untuk memberikan keselesaan.

No Image Caption

"Sebab itu, anda boleh merasai seperti berada di rumah sendiri. Segala kelengkapan memang cukup, tak perlu keluar bajet beli makanan di luar. Mereka boleh memasak, membasuh dan juga jimat poket untuk ke tempat peranginan terdekat," kongsinya.

"Pada hari minggu mahu pun cuti sekolah hanya RM120 untuk satu malam, manakala RM98 dikenakan untuk hari biasa. Kami juga dalam perancangan menyediakan pakej kepada pelancong. Anda tak perlu pening nak pergi ke mana apabila datang sini.

"Kami akan uruskan semua termasuk ambil dan hantar ke lapangan terbang,” katanya.

Antara lokasi pilihan wajib yang boleh dilawati apabila bermalam di sini ialah Kundasang dengan menaiki kereta sewa sambil menikmati udara sejuk dan pemandangan cantik Gunung Kinabalu.

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ke inap desa hanya mengambil masa 40 minit sahaja. Anda juga boleh meluangkan masa untuk ke Tuaran dan Tamparuli.

Di sini terdapat Jambatan Gantung Tamparuli, Taman Buaya Tuaran, Murug-Turug Eco Tourism (MTET), rumah terbalik, Taman Rekreasi Kiulu, menikmati keindahan panorama flora dan fauna di Bukit Bungalio serta banyak lagi tempat menarik boleh dilawati.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang