MOTAC, JKKN hidupkan budaya Kelate di FKRK 2025

No Image Caption
A
A
A

PANTAI Irama, Bachok bakal menjadi tumpuan utama rakyat Kelantan dan pelancong dari dalam dan luar negara menerusi Festival Kesenian Rakyat Kelate 2025 (FKRK).

Program bermula 23 hingga 26 Julai 2025, anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) itu bakal berlangsung dari jam 10 pagi hingga 11.30 malam setiap hari.

Bagi menarik lebih ramai pengunjung, pelbagai pengisian menarik tersedia yang mana menonjolkan warisan seni dan budaya masyarakat Kelantan yang kaya serta penuh warna- warni.

Tampil bertemakan “Pakat Maghi Blako!”, festival tersebut mengangkat elemen kebudayaan tempatan seperti dikir barat, wayang kulit, makyong, persembahan muzik pergendangan dan pelbagai bentuk seni rakyat lain yang sinonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang.

Selain persembahan pentas, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan seperti pameran dan jualan hasil seni tempatan, demonstrasi kraf oleh agensi kerajaan dan NGO serta permainan tradisional yang sesuai dinikmati seisi keluarga.

Malah, sesi pencungkilan bakat dan kuiz interaktif turut diadakan bagi mencungkil potensi seni dalam kalangan generasi muda.

Festival berkenaan juga menjadi wadah dalam menjana ekonomi setempat apabila para usahawan seni diberikan peluang mempromosikan hasil karya mereka melalui gerai pameran dan jualan.

Penutup festival bakal diserikan dengan persembahan khas “Woye”, sebuah persembahan yang menghimpunkan elemen-elemen seni budaya tradisional dalam persembahan yang memukau.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi pihak urus setia di talian 09-741 7000.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan sendiri keunikan seni rakyat Kelate. Pakat maghi belako!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang