Tak payah cop passport, Suay Mak Mak Thai Fest bawa songkran & street food terus ke KL
KALAU dah lama teringin nak ke Thailand nak explorestreet food viral tapi bajet tak mengizinkan, ini mungkin berita baik untuk kalian!
Bulan Julai ni, tak payah beli tiket kapal terbang pun sebab FunPark @ Gamuda Luge Gardens, Selangor sedang bawakan suasana ‘Thai-rific’ terus ke Malaysia dengan Suay Mak Mak Thai Fest!
‘Suay Mak Mak’ dalam bahasa Thai maksudnya ‘Cantik Sangat!’ memang kena betul dengan penganjuran festival ini yang penuh dengan pelbagai aktiviti menarik.
Bukan saja cantik dari segi dekorasi, tapi penuh budaya, hiburan dan makanan Thai halal yang buat kita rasa macam tengah berjalan kat pasar malam Bangkok!

Apa yang best tentang Suay Mak Mak Thai Fest? Nah! Thai Halal Food Festival yang berlangsung setiap Sabtu dan Ahad dengan lebih 20 jenis makanan Thai halal.
Nak mango sticky rice, pad kra pow, kerabu mangga, tomyam panas atau teh Thai yang manis kaw? Semuanya ada! Lagi seronok, semua gerai dihias cantik ala street food Thailand.


Makanan yang ditawarkan bukan setakat lawa je tapi sedap. Confirm balik dengan hati riang!
Lagi satu, Mini Songkran Party @ Big Bucket Splash dibuka setiap hari. Jadi, buat kalian yang nak bawa anak-anak main air, inilah tempatnya.
Ada zon tembak air terkawal, lagu-lagu Thai yang rancak dan paling penting, terdapat spot gambar yang cantik untuk update IG.

Jangan lepaskan peluang untuk cuba Water Splash Zone @ Front Stage yang dibuka hujung minggu saja dengan perang tembak-tembak air, jalan atas bola gergasi dan naik bot air.
Andy, cosplayer dari Kota Malang ni buktikan hobi pun boleh bawa pendapatan" />

Nak naik Ferris Wheel, carousel atau permainan klasik, semuanya sekali harga je.
Sambil cuci mata dan nikmati juadah viral, boleh tumpang sekali join live band dan persembahan tarian setiap 4 petang sampai 10 malam.
Untuk makluman, Suay Mak Mak Thai Fest ini sebenarnya antara kempen GL Play Birthday Bash sempena sambutan Ulang Tahun Ke-2 GL Play.


Senior General Manager of Leisure & Hospitality, Gamuda Land, Liong Ve Lyn berkata, pihaknya berbangga dapat meraikan tetamu dengan pengalaman berwarna-warni dan mesra keluarga.
“Ini bukti GL Play bukan sekadar taman tema biasa tapi destinasi penuh memori untuk terus memberikan pengalaman terbaik kepada pengunjung,” katanya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

