Terbang mudah dari Subang! Batik Air lancar laluan baharu ke Singapura, Jakarta & Langkawi
BAGI penggemar travel, berita ini pasti menggembirakan! Batik Air baru-baru ini meraikan pencapaian besar dengan melancarkan beberapa laluan baharu, termasuk empat penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (SZB).
Langkah strategik itu bukan sahaja memudahkan perjalanan dari Lembah Klang, malah menempatkan Subang sebagai pintu masuk bandar moden yang sangat praktikal untuk pelancong tempatan dan antarabangsa.
Subang yang terletak di lokasi strategik sedang melalui proses pengubahsuaian besar-besaran, menjadikannya semakin relevan sebagai hab penting untuk perjalanan perniagaan mahupun santai.
Laluan baharu ke Singapura dan Jakarta (mula 8 Disember 2025), Johor Bahru (mula 11 Disember 2025) serta Langkawi (mulai hari ini) memberikan pelancong lebih fleksibiliti dan alternatif selain KLIA T1.

Ia juga selari dengan Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP), menjadikan SZB sebagai pintu masuk dinamik yang merangsang pertumbuhan pelancongan dan ekonomi.
Kini, Batik Air sudah beroperasi dari Subang ke Pulau Pinang, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuching dan Bangkok. Dengan tambahan laluan baharu ini, rangkaian Batik Air semakin luas, memudahkan akses dan memberi lebih pilihan perjalanan selesa bagi penumpang di Malaysia dan rantau ASEAN.
Dalam satu ucapannya, Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, Subang semakin menonjol sebagai pintu masuk yang menawarkan kemudahan, sambungan lancar dan keberkesanan untuk pelancong di Lembah Klang.

"Pengembangan ini selari dengan inisiatif kerajaan melalui SARP, menyokong transformasi SZB menjadi lapangan terbang bandar yang memberi manfaat kepada penumpang, komuniti tempatan dan perniagaan serantau.
"Menjelang Visit Malaysia Year 2026, laluan baharu ini penting untuk membuka Malaysia kepada lebih ramai pelawat.
"Dengan lebih banyak pilihan penerbangan terus dan jadual yang lebih fleksibel, pelancong kini boleh menikmati tarikan menarik di seluruh negara dengan lebih mudah, sambil memperkukuh hubungan ekonomi dan kerjasama serantau," ujarnya lagi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II) Tourism Malaysia, Samuel Lee pula menyambut baik inisiatif ini,
Menurut beliau, langkah tersebut penting dalam memperkukuh hubungan pelancongan Malaysia dengan Singapura dan Indonesia menjelang VM2026.
“Dengan sambungan lebih lancar, perjalanan ke Malaysia jadi mudah dan selesa.
"Inisiatif ini menegaskan komitmen kita untuk memposisikan Malaysia sebagai destinasi utama ASEAN dengan pengalaman budaya meriah dan keindahan alam semula jadi," ungkap beliau.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Chua Yee Ling pula berkata, pengenalan laluan baharu Batik Air tiba pada waktu tepat ketika Selangor memfokuskan Visit Selangor Year 2025.
Tambahan laluan terus ke Indonesia, pasaran pelancongan perubatan utama negara, dijangka meningkatkan kedatangan pelancong ke Selangor.
Selain itu, sambungan lebih baik turut menyokong perkembangan sektor pelayaran di Klang dan memudahkan akses dalam Lembah Klang.
Untuk menambah keseronokan, Batik Air turut melancarkan kempen istimewa “SAVE BIG THIS 12.12”! Pelancong digalakkan menempah percutian mereka untuk 2026 sekarang dengan tawaran hebat bagi laluan domestik popular dan ASEAN.
SAVE BIG THIS 12.12
Tempoh Tempahan: 12–14 Disember 2025
Tempoh Perjalanan: Sekarang – Jun 2026

Tawaran 72 jam ini memberi lebih nilai dan pilihan kepada pelancong yang merancang perjalanan tahun depan. Dengan rangkaian laluan yang semakin berkembang, Batik Air terus meningkatkan pengalaman travel, mendekatkan orang dengan destinasi yang mereka impikan.
Untuk info lanjut dan merancang perjalanan seterusnya, muat turun Batik Air App atau layari www.batikair.com.
.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

