Teruja saksikan pelepasan anak penyu depan mata, ini tarikan unik Villa Bari Loft di Terengganu

No Image Caption
A
A
A

BUKAN mudah untuk melihat sendiri aktiviti pelepasan anak penyu terus ke laut. Jika anda berpeluang menontonnya secara langsung, memang satu bonus!

Boleh jadi itu antara kelebihan buat Villa Bari Loft yang terletak di Lot 486, Kampung Telaga Putat, Terengganu kerana penginapan unik tersebut berhampiran Pantai Telaga Papan yang menjadi persinggahan penyu untuk bertelur.

Menariknya, pantai privasi di hadapan kawasan vila seluas 1.2 hektar tersebut menjadi pusat pemuliharaan penyu menjelang bulan April hingga September setiap tahun.

No Image Caption

Pengasas Villa Bari Loft, Rizalmin Ibni berkata, aktiviti melihat anak penyu yang dilepaskan ke laut menjadi pakej laku keras buat pengunjung yang datang berlibur ke Terengganu.

“Tak perlu pergi jauh, hanya jalan kaki saja dan anda boleh lihat kawasan pantai yang digazetkan untuk pemeliharaan penyu di bawah pemantauan WWF Malaysia.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

“Sebab itu kawasan ini kena tutup lampu supaya tak mengganggu habitat penyu untuk bertelur. Paling seronok, sudah tentu kanak-kanak sebab dapat lihat anak penyu secara langsung,” katanya kepada SinarPlus.

Berkongsi keunikan penginapan yang menerapkan nilai seni bina Nusantara dan Malaysia itu, anak jati Pahang berkenaan percaya setiap elemen lain daripada lain mampu memikat jiwa pengunjung.

No Image Caption

“Rumah Sasak Lombok, misalnya merupakan rumah tradisional suku Sasak di Pulau Lombok dengan reka bentuk unik, dengan bumbungnya dibuat daripada jerami dan rumput alang-alang.

#sinarplus #idzhamismail #sinarplus #lifestylesinarharian

Kredit: TikTok Astro Gempak" />

“Kami menyediakan dua unit untuk Rumah Sasak Lombok dan setiap dekorasi dalaman dibawa khas dari Indonesia khususnya Lombok serta Bali,” ceritanya yang menawarkan 15 jenis kamar secara keseluruhan.

No Image Caption

Unit banglo lengkap kolam renang privasi antara opsyen paling laris, selain enam unit semi-D dengan jakuzi sendiri, empat unit teres lengkap tab mandi dan dua unit glamping.

Idea percutian

Tatkala ditanya bagaimana idea percutian itu tercetus? Jurutera berusia 41 tahun itu berkata, dia sudah lama menyimpan hasrat mahu mencipta destinasi percutian dengan panorama indah dan mampu disinggahi semua lapisan masyarakat.

No Image Caption

“Mungkin sudah menjadi jiwa saya yang suka membina sesuatu dan minat melancong. Jadi pada 2019, saya cari tapak yang sesuai untuk pelaburan hartanah.

“Pada mulanya memang agak susah nak cari idea, ditambah perubahan bajet sedia ada. Sudah puas buat tinjauan dekorasi hotel seluruh negara, akhirnya tercetuslah ilham Villa Bari Loft,” ujarnya yang memulakan operasi sejak Mei 2022.

No Image Caption

No Image Caption

Buat mereka yang menginap di sana, set sarapan pagi bakul terapung antara keunikan ditawarkan buat mereka yang inginkan pengalaman bercuti persis di Bali, Indonesia.

Tidak hanya bermain pasir tanpa sebarang gangguan, pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti island hopping, bersnorkel dan menyelam di Pulau Redang dengan kemudahan jeti pada jarak tujuh minit sahaja.

No Image Caption

No Image Caption

Anda juga boleh cuba aktiviti lasak seperti bermain ATV dan menerokai Taman Negeri Setiu Wetlands.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang