Travel buddy sekepala, 13 tahun cipta kenangan di 21 Negara. 'Dari impian bangku sekolah ke Aurora, Finland

No Image Caption
A
A
A

SETIAP negara mempunyai keunikan tersendiri, sama ada pantai tropika, pergunungan bersalji, atau bandar bersejarah yang memukau.

Ini memberikan pengalaman visual yang menakjubkan. Bila dah sekali jejak kaki ke luar negara pastinya rasa ‘gatal’ untuk pergi setiap tahun.

Nor Diana Othman atau lebih mesra dengan panggilan D tidak sangka angan-angan untuk ke luar negara dari bangku sekolah akhirnya tercapai. Bukan dua buah negara tetapi beliau berjaya ‘menakluk’ 21 buah negara bersama rakan-rakannya yang lain.

No Image Caption

Anak jati kelahiran Rompin, Pahang itu mula berjinak-jinak dengan dunia pelancongan apabila sudah mula bekerja di salah sebuah bank terkemuka di ibu negara.

Pada awalnya, wanita tersebut bercuti menggunakan khidmat agensi pelancongan tapi lama-kelamaan dirinya lebih selesa DIY (do it yourself) setiap perjalanan.

Bermula dengan negara Asia hinggalah D rasa perlu merantau lebih jauh bagi membuka peluang untuk mengenali tradisi, makanan, bahasa, dan cara hidup yang berbeza.

No Image Caption

Ini memberi perspektif baharu dan rasa hormat terhadap kepelbagaian budaya.

Bersama tiga orang travel buddy yang wajib menemaninya untuk ke luar negara, D sangat seronok apabila diberi tanggungjawab menjadi orang utama memilih destinasi dan menyusun itenari mengikut bajet masing-masing.

“Merancang sendiri perjalanan memberi peluang untuk memilih aktiviti dan destinasi yang sesuai dengan minat peribadi, memberikan kebebasan untuk menetapkan jadual perjalanan dan boleh membandingkan harga dengan mudah untuk mendapatkan tawaran terbaik.

“Merancang dan melaksanakan perjalanan sendiri memberikan rasa pencapaian dan kepuasan, terutama apabila segalanya berjalan lancar” ujarnya.

Bila dapat geng melancong sekepala semua benda jadi senang. Ada yang tukang ambil gambar, ada yang suka buat lawak, ada yang suka mengemas dan ada juga yang suka posing cantik sahaja. Tapi semua itu buatkan mereka lebih akrab.

Sepanjang 13 tahun meneroka pelbagai negara, antara pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat ialah diberi peluang untuk melihat sendiri depan mata keindahan alam Aurora di Finland pada tahun 2024.

No Image Caption

Keseronokan berganda apabila rancangan untuk bermain salji di Jepun menjadi kenyataan apabila dapat menjejakkan kaki di Sapporo dan Furano pada Disember tahun lepas. Salji tebal tiada masalah.

No Image Caption

Sepertinya mereka sudah biasa dengan cuaca sejuk. Manakan tidak. Sebelum ini mereka juga sudah meraih pengalaman manis dapat menapak ke Iceland.

No Image Caption

Selain daripada negara-negara yang disebutkan di atas, D dan rakan-rakan juga telah ‘takluk’ bumi Perancis, Estonia, Arab Saudi, India, China, Korea, Filipina, Indonesia, United Kingdom, Singapura dan Australia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang