SELAIN perbicaraan kes pengabaian remaja Sindrom Down, Bella, kini kes kematian bayi yang mengalami keadaan yang sama dikenali sebagai Baby Adam disiasat.

Bernama melaporkan Polis akan merakam keterangan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, bagi membantu inkuiri kes kematian bayi lelaki berusia 10 bulan, Muhammad Adam Rizqi Abdul Azim, atau Baby Adam, pada 2020.

Berikut 10 info berkaitan siasatan kes terbabit;

1. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintenden Ashari Abu Samah berkata proses merakam keterangan daripada Siti Bainun terpaksa ditangguhkan apabila wanita itu kini berdepan perbicaraan di Mahkamah Jalan Duta.

2. “Kita sepatutnya merakam keterangan daripada wanita itu beberapa hari yang lalu dan kita akan panggil dalam masa terdekat,” katanya.

Baca juga: Siapa Bella? Berikut kronologi bagaimana dia boleh berada di rumah kebajikan hingga ditemui melecur teruk

3. Polis turut pihaknya kini sedang mengesan seorang individu yang dikenali sebagai Cikgu Fadli untuk membantu siasatan berkaitan kes bayi tersebut.

4. “Individu berkenaan telah mendakwa kononnya tiada proses bedah siasat dilakukan ke atas mayat bayi tersebut.

5. “Seharusnya individu berkenaan merujuk kepada polis terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, dakwaan yang dikeluarkannya sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan awam dan membawa kepada tanggapan kononnya polis tidak melakukan siasatan yang sebaiknya dalam kematian mangsa,” jelas Ashari.

6. Terdahulu. siasatan polis sebelum ini mendapati kematian bayi lelaki berusia 10 bulan berkenaan, tiada sebarang unsur jenayah.

Baca juga: 7 kenyataan saksi kes Bella buat ramai terkedu, Che Puan Besar Khaleeda ikrar bantu tuntut keadilan

Iklan

7. Baru-baru ini media melaporkan penelitian polis terhadap laporan bedah siasat ke atas Adam yang dikeluarkan pihak Hospital Kuala Lumpur yang menunjukkan sebab sebenar kematiannya disebabkan pneumonia (radang paru-paru).

8. Media sebelum ini melaporkan Pejuanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bibi Sunita S Khan membuat laporan polis meminta supaya kertas siasatan berkaitan kematian Baby Adam dua tahun lepas dibuka semula.

9. Bibi Sunita mendakwa kematian Baby Adam pada 3 Mei 2020 mempunyai kaitan dengan isu penderaan di pusat perlindungan Rumah Bonda di Taman Setapak dan terdapat keraguan terhadap laporan kematian mangsa yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut serta kaitan dengan latar belakang sejarah penyakitnya.

Iklan

10. Pada Selasa, media melaporkan penelitian polis terhadap laporan bedah siasat ke atas Adam yang dikeluarkan pihak Hospital Kuala Lumpur yang menunjukkan sebab sebenar kematiannya disebabkan pneumonia (radang paru-paru).

Baca juga: #SiBibirMerah Isu perbicaraan kes tragis Bella makin panas, TMJ tawar peguam pemerhati percuma

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI