SETELAH hampir sembilan bulan menjalani Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), semalam adalah hari pertama para pelajar sekolah di negeri Kelantan kembali ke sekolah.

Gambar hiasan

Bagaimanapun, keterujaan mereka untuk menjejakkan kaki ke sekolah pada hari pertama penggal ke-3 persekolahan bertukar hampa apabila kereta api yang menjadi pengangkutan utama ke sekolah tidak berhenti di stesen.

Berikut 10 info mengenai kejadian terbabit:

1. Difahamkan situasi berkenaan menyebabkan kira-kira 100 pelajar di hentian Kuala Gris, Kuala Krai tidak dapat mengikuti sesi persekolahan hari pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong.

2. Mengikut jadual, kereta api itu sepatutnya berhenti di stesenberkenaan pada jam 6.59 pagi dan tiba di Dabong kira-kira 20 minit, namun pemandu tren tidak berbuat demikian.

3. Bagaimanapun pelajar tetap setia menunggu sehingga pukul 7.30 pagi sebelum pulang ke rumah masing-masing.

4. Dalam pada itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah pun memohon maaf susulan insiden berkenaan.

Baca juga: ‘Joker’ mengamuk naik kereta api, cederakan 17 penumpang pada malam Halloween

5. Melalui laman sosial rasmi, syarikat pengangkutan memaklumkan mengesahkan tren Shuttle Timuran No. 51 yang berlepas dari Stesen Tumpat pada 4.05 pagi tidak berhenti di Hentian Kuala Gris pada jam 7.08 pagi.

6. Siasatan berkenaan insiden itu sedang dijalankan dan kakitangan yang terlibat digantung tugas dan tindakan disiplin akan diambil jika berlaku kecuaian.

7. KTMB memohon maaf kepada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah yang terlibat dan kesan atas kejadian yang berlaku.

8. Tindakan untuk menambah baik akan dilakukan secara berterusan dan KTMB menjamin insiden yang sama tidak akan berulang pada masa akan datang.

WARGANET LUAH KEKECEWAAN

Perkara ini tidak dapat diterima kebanyakan warga maya. Rata-rata meluahkan kekecewaan dengan kejadian berkenaan.

– “Ujian dalam menuntut ilmu, semoga dipermudahkan.”

– “Andainya perkara ini berlaku di negara matahari terbit, pastinya individu yang terbabit meletak jawatan, sayonara.”

– “Kasihan anak-anak ini sekian lama tidak ke sekolah tiba-tiba kereta api tidak berhenti. Moga dipermudahkan buat mereka yang mencari ilmu.”

 

Pelajar Kuala Gris terkandas kembali ke sekolah.

KERETA API KEMBALI BERHENTI

Kira-kira 100 pelajar yang terkandas pada Ahad kembali semula ke sekolah pada Isnin.

Iklan

Menurut tinjauan Sinar Harian, kereta api Shuttle Timuran No 51 yang berlepas dari Stesen Tumpat tiba tepat waktunya pada jam 7.07 pagi seperti mana kebiasaan.

KISAH BENAR KERETA API LEWAT SEMINIT DI JEPUN

Tidak dinafikan isu berkaitan kelewatan pengangkutan awam biasa terjadi. Kisah benar terjadi di Jepun di mana pemandu dikenakan tindakan hanya kerana terlewat beberapa seminit

Mei lalu, syarikat operator kereta api laju (dipanggil shinkansen) di Jepun tetap melakukan siasatan untuk mencari punca kelewatan selama seminit.

Baca juga: Dedah Aib Suami Isteri, ‘Unboxing Pengantin’ Jadi Trend Kini Undang Kecaman

Siasatan yang dijalankan mendapati pemandu menyerah kawalan kenderaan kepada konduktor tren tidak bertauliah kerana dia ke tandas.

Iklan

Pemandu itu mengaku meninggalkan tugas sebentar kerana sakit perut dan mahu segera ke tandas. Dia kemudian menyerahkan kawalan kereta api laju yang membawa 160 penumpang itu kepada seorang konduktor tren.

Pemandu dikatakan meninggalkan tugas selama tiga minit ketika kereta api itu bergerak selaju 150 kilometer sejam.

Kereta api laju di Jepun dikawal ketat sistem pusat kawalan berkomputer, tetapi pemandu manusia tetap diperlukan berada di kokpit pemanduan jika berlaku situasi tidak dijangka.

Susulan kelewatan seminit itu, barisan pegawai eksekutif syarikat operator kereta api laju itu tampil memohon maaf, manakala pemandu tren tersebut akan dikenakan hukuman sewajarnya.

Baca juga: 6 stesen kereta api terindah di Moscow, masih kekalkan keunikan tradisi

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Twitter @ktmb_berhad, NDTV